Musim sukan Olimpik. Tertarik
saya melihat atlet olahraga yang memasuki acara Decathlon. Seorang atlet yang
terpaksa mengharungi untuk dirinya sendiri sebanyak 10 acara bersaing dengan
atlet yang lain hanya semata-mata mendapatkan sebutir pingat emas idaman semua
atlet yang bertanding. Sudah 10 acara kena sertai secara wajib dalam masa dua hari
sahaja mesti di selesaikan dengan baik sama sekali dalam acara lari 100m, 400m, 1500m, 110m lari berpagar, lompat jauh, melontar peluru, lompat tinggi, membaling
tukul besi, lempar cakera dan lontaran lembing.
Alangkah hebatnya jika kita orang yang melakukan
jualan mempunyai daya juang dan semangat kental seperti mana atlet decathlon
ini. Mungkin kita boleh ambil pengajaran yang baik dalam kita melakukan jualan
seperti mana atlet yang telah ditunjukkan seperti acara
I.
Lari 100m – nampak dekat tapi memerlukan
pecutan yang betul mengatasi pesaing yang menyertainya. Sanggup kah kita
menghadapinya memandangkan jarak yang dekat dan perlukan kekuatan stamina untuk
memintas yang lain? Ketahanan fizikal dan mental amat diperlukan dalam acara
ini.
II.
Lompat jauh – kita melompat
pesaing juga melompat sama. Adakah lompatan kita berjaya mengatasi matlamat dan
pesaing kita? Cukup kah latihan dan ilmu yang telah kita pelajari dan latih kan
selama ini?
III.
Melontar peluru – memadai kah
tenaga kita? Adakah sasaran yang betul pada pelanggan/prospek yang kita temui
berada di hadapan kita? Mampu kah kita meletakkan lontaran peluru tersebut
mengenai prospek/pelanggan tersebut melalui tawaran yang di tawarkan?
IV.
400m – Mampu kah kita mengekalkan pecutan seperti mana dalam acara
100m bagi jarak yang
panjangnya empat kali ganda dan bolehkah kita
melakukannya bagi tempuh sehingga bulan Disember ini? Konsisten dan usaha yang
berterusan amat di tuntut bagi mengekalkan tenaga dan kudrat kita menghadapi
acara ini
V.
Melompat tinggi – Sejauh mana kita
dapat kekalkan tenaga kudrat kita dalam membiarkan lontaran badan kita melepasi
halangan yang di sediakan? Berapa ketinggian halangan yang mampu kita hadapi
dengan tabah dan sabar? Bolehkah kita melompat lagi?
VI.
110m berhalangan – setiap kali
berlari ada halangan. Sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapinya. Lepas
satu acara yang lain pula menjelma, mampu kah kita atasinya setiap halangan
yang ada di hadapan kita? Adakah kejayaan di ukur hanya dapat melepasi
halangan-halangan yang disediakan atau siapa yang paling cepat untuk sampai di
garisan penamat? Kita yang menentukan segala-galanya.
VII.
Baling kan tukul besi – cukup kah kekuatan diri
kita menggunakan kekuatan yang ada. Strategi perlu ada, tenang yang ada perlu
diguna sebaik yang mungkin. Kalau pesaing masih boleh melakukannya kepada kita
tidak. Jangan mengeluh tapi bersiap sedia lagi dan lagi untuk bersaing secara
sihat dan berhemah
VIII.
Lempar cakera – Dapat kah kita
mengimbangi semua aktiviti kita untuk mengatasi pesaing yang
bersaing dengan kita? Apa strategi kita pertahankan prestasi kita supaya
dapat mengatasi pesaing yang lain? Mampu kah hanya kita sahaja yang melihat
pesaing sahaja yang dapat melakukannya walaupun kita merasakan kita juga mampu
untuk berlawan dengan pesaing tersebut.
IX.
Lontaran lembing – di mana kecekapan kita bagi memastikan lontaran kita berjaya sampai
ke destinasi matlamat kita? Adakah penat lelah sebagai satu alasan? Adakah
kerana pesaing lebih hebat dari kita? Ketenangan dan iltizam yang betul sahaja
berjaya mengekalkan prestasi kita untuk bersaing
X.
1500m - ujian sebenar kelajuan dan stamina. Acara terakhir
untuk kita membuktikan kita tetap unggul dan mampu melakukannya. Apa yang di
simpan di pergunakan sebaik mungkin bagi mencapai sasaran yang telah
ditetapkan. Bersedia kah kita?
Ketahanan fizikal dan mental
amat di perlukan. Seorang jurulatih ataupun mentor amat dikehendaki bagi
memastikan ada orang yang boleh melatih, menunjuk ajar dan menegur apa
kesalahan dan kesilapan yang berlaku. Pengetahuan yang mendalam tentang semua
acara yang disertai kena ambil tahu secara mendalam. Ilmu itu penting kerana ia
nya akan memandu diri kita sama ada kita layak atau tidak memasuki pertandingan
yang diadakan. Bantuan luaran yang lain seperti kekuatan angin, cuaca, suasana
persekitaran dan pemakanan yang seimbang perlu di amalkan. Kekuatan dan
kekurangan pesaing perlu diperhatikan sewajarnya kerana setiap pertandingan
strategi dan susun atur perancangan mesti ada bagi menghadapi saingan.
Begitulah untuk berjaya dalam
jualan. Kita perlu mencontohi atlet olahraga yang menyertai decatlon ini kerana
jika kita boleh melakukan pada separuh pertama (Januari hingga Jun 2012) tidak
mustahil juga yang kita masih mampu untuk per laku kan sekali lagi untuk
separuh masa yang kedua ini (Julai 2012 hingga Disember 2012). Jika atlet
perlukan Pingat Emas maka kita juga perlukan Pingat sasaran dapat di capai
sebagai satu tanda sasaran yang di amanahkan oleh pihak pengurusan dapat juga
kita peroleh. Inilah amanah dan tanggung jawab kita semua bagi memastikan
sasaran yang telah diamanahkan dapat juga kita peroleh dengan sebaik yang
mungkin. Yakinlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan