Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 26 Ogos 2012

PETUA BUKA BOOTH


Setiap kali pembukaan booth pasti mengharapkan hasil yang lumayan setidak-tidaknya memberikan pulangan kos menampung sewaan tempat dan masa yang telah di luangkan semasa aktiviti tersebut. Paling hebat, kalau ada hasilnya memang menyeronokkan. Bagaimana kalau tiada? Mengah dan sungguh mengecewakan. Perlu ada sesuatu tindakan yang perlu dilakukan bagaimana untuk memastikan apabila pembukaan kaunter dilakukan bukan setakat sambutan yang hebat diterima tetapi juga mendapat hasil seperti mana yang dikehendaki.

Mungkin cara sebegini boleh kita lakukan dalam mendapatkan keputusan yang terbaik seperti mana yang diinginkan untuk kita memperoleh keputusan yang terbaik semasa pembukaan kaunter nanti iaitu dengan cara

i.                     Gembar gemburkan kehadiran kita terlebih dahulu di tapak kaunter yang akan dibuka secara pengedaran flyers, poster dan kain rentang di tempat-tempat strategik dan mudah untuk di lihat oleh orang ramai.

ii.                   Dapatkan sebanyak yang boleh senarai nama-nama (leads) yang dirasakan boleh disasarkan menjadi prospek kita sebaik yang mungkin.

iii.                  Sebaik-baiknya jangan dihubungi secara penghantaran SMS ataupun melalui e-mel tetapi lakukan dengan berhubung melalui talian telefon

iv.                 Dapatkan temu janji dengan memaklumkan terdapat pembukaan kaunter di tempat yang telah ditetapkan untuk mereka turut hadir dan bertemu dengan kita pada waktu yang di persetujui

v.                   Berikan penerangan sebaiknya di kaunter secara ringkas, jelas dan mudah di fahami supaya dapat menarik perhatian beliau.

vi.                 Kalau tidak dapat melakukan penutupan jualan mungkin boleh ditetapkan pula temu janji yang lain di premis beliau pula. Yang penting segala maklumat, informasi dan promosi yang ada telah beliau ketahui terlebih dahulu.

vii.                Lakukan susulan. Jangan tangguh dan buat-buat lupa. Peluang yang datang dan terhidang jangan sama sekali diabaikan. Sebaik-baiknya dalam tempoh 24 jam sahaja sudah perlu dilakukan susulan dengan cepat dan segera.

viii.              Berusaha terus-terusan kerana pertemuan yang pertama telah pun berlaku cuma belum ada rezeki lagi yang memerlukan tindakan dan usaha yang berterusan pula perlu dilakukan lagi dan lagi.

Nak berjaya kena rajin. Kena berusaha. Jangan mati akal tapi teruskan usaha yang ada. Selagi ada peluang sudah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan mudah putus asa. Jangan mudah kecewa kerana tanpa tindakan dan usaha sudah pasti mereka akan lari dan tidak mengendahkan kehadiran kita hanya disebabkan kehadiran pesaing. Jangan tangguh dan ambil mudah begitu sahaja. Lakukan segera kerana setiap detik yang di tangguh sudah pasti peluang yang ada akan berlalu begitu sahaja tanpa kita sedari.

Sabda Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud: “Barang siapa suka untuk dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.”  (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan