Sabda
Nabi Muhammad SAW bermaksud “Sesiapa yang
menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti
pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak
dikurangkan walau sedikit.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Begitulah hebat jika di dalam bulan Ramadhan ini ada kelapangan dan
kesempatan pada diri kita semua untuk melakukan satu amal ibadah kepada saudara
Muslim kita sendiri. Bukan untuk menunjukkan yang kita ini banyak duit atau
berharta tapi perlu menjadi satu tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi
mengambil kesempatan di atas kehadiran Ramadhan ini untuk kita melakukan satu
amal ibadat dan bakti kepada saudara sesama Islam.
Alangkah baiknya kalau kita dapat melakukannya setiap hari mengemukakan
menjamu makanan kepada orang-orang yang berpuasa apabila sampai masanya untuk
berbuka puasa seperti
i.
Menyediakan majlis berbuka puasa sama ada di rumah
kita atau sesiapa yang sudi, surau atau masjid , di dewan,premis pejabat, kedai
makan, restoran atau hotel
ii.
Membekalkan buah-buah kurma kepada rakan kenalan,
sahabat handai, jiran tetangga dan pelanggan-pelanggan kita
iii.
Membelikan nasi-nasi bungkus, kuih muih, martabak
dan lain-lain lagi yang difikirkan bersesuaian kepada mereka yang difikirkan
perlu
iv.
Bergotong royong dengan penduduk setempat ataupun
di premis-premis pejabat yang boleh memberikan kemudahan memasak sebagai
persiapan berbuka puasa
Apa rasionalnya kita di saran menjamu makanan kepada orang yang berpuasa?
Terlalu banyak hikmatnya. Sebagai orang yang melakukan jualan, inilah masa
terbaik kita untuk mendapatkan sumber perujuk (leads) kepada diri kita sendiri.
Inilah yang diperkatakan sambil menyelam minum air. Ambil kesempatan secara
berterusan dan konsisten supaya kita tidak akan putus-putus mendapatkan leads
hanya di bulan Ramadhan ini. Antara kelebihannya adalah
i.
Lebih banyak kita memberi lebih banyak
Allah akan berikan
Konsep di
luar dari logik akal. Sepatutnya semakin banyak wang yang kita keluarkan
semakin berkurangan pula hasil simpanan kita. Sebenarnya ini adalah salah sama
sekali kerana semakin banyak kita membantu orang ramai bermakna semakin banyak
pula Allah berikan rezeki yang sudah pasti tidak kita ketahui dari mana
datangnya rezeki tersebut. Lakukan sahaja, bukan setakat ganjaran di dunia
sahaja yang boleh kita peroleh tetapi juga ganjaran di akhirat turut pasti sama
menyusul nanti.
ii.
Berikan promosi perkenalkan diri kita
sendiri
Kita orang
jualan, tawarkan produk kepada siapa pun juga yang kita temui. Tidak kira siapa
pun dia. Yang penting jangan rasa malu dan rendah diri terus menerus
perkenalkan diri kita sendiri di pasaran. Biar semua orang tahu. Biar semua
orang kenal yang kita memang buat SALES jual produk yang kita tawarkan. Bila
orang dah kenal dan tahu, apabila mereka kehendaki ataupun kenalannya mencari
produk kita sudah pasti diri kita yang akan mula-mula dihubunginya.
iii.
Menyahut sunnah Rasulullah SAW
Sebagai
seorang yang mengaku Rasulullah SAW seorang pesuruh Allah dan kita ini semuanya
adalah pengikut Rasulullah SAW jadi adalah baiknya untuk kita mengikuti apa
juga yang Rasulullah SAW lakukan, perkatakan dan melakukannya perlu kita
jadikan ikutan dan perlakuan yang perlu kita ikuti dengan baik dan saksama sama
sekali. Setiap apa yang kita lakukan seperti mana yang Rasulullah SAW lakukan
sudah pasti ada ganjarannya yang akan kita peroleh nanti di alam akhirat kelak.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, “Sesungguhnya
Rasulullah SAW tidaklah beliau makan di waktu siang dan makan di waktu malam
dengan menggunakan roti dan daging kecuali dalam hidangan bersama orang ramai.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, Ibn Hibban dengan sanad shahih)
iv.
Doa orang kepada kita
Hebatnya
jika kita dapat menjemput dan menyediakan makanan kepada orang terutamanya
kepada mereka yang berpuasa. Menurut Rasulullah SAW bermaksud "Jika salah seorang dari kalian di undang, hendaklah ia
memenuhi undangan tersebut. Jika ia sedang berpuasa (sunnah), hendaklah ia
mendoakan pihak pengundang. Jika ia tidak berpuasa, hendaklah ia memakan
(jamuan makan)." (Hadis riwayat Muslim).
v.
Doa dan harapan kita
Sambil
menjemput tetamu, di rai dan memberi makan terutama semasa berbuka puasa, bukan
setakat orang akan mendoakan kesejahteraan dan di murahkan lagi rezeki kepada
kita tetapi juga ambil kesempatan pada diri kita juga untuk berdoa sekali agar
apa yang kita per laku kan ini sentiasa diberkati, dipermudahkan perjalanan
kita di dunia ini dan sentiasa dimurahkan rezeki. Sabda Rasulullah SAW
bermaksud “Sesungguhnya doa yang tidak
ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka” (Hadis
riwayat Ibn Majah)
vi.
Dapatkan sebanyak yang mungkin
Di samping
menjamu orang berbuka puasa dapatkan kenalan seramai yang termampu. Paling baik
dapatkan referral. Itu tindakan sewajarnya. Referral lebih mudah melakukannya
dari mendapatkan leads yang perlu dilakukan banyak prosesnya. Per mudahkan
jangan disukarkan. Demi tugasan, dari seorang kawan jadikan tiga orang kawannya
menjadi kawan kita dan dari tiga orang kawannya pula di kembangkan lagi menjadi
sembilan orang pula. Begitulah seterusnya pula semakin ramai kenalan kita
semakin besar peluang kita untuk mendapatkan oportuniti yang diharapkan.
vii.
Belajar ambil kesempatan
Kesempatan yang
ada perlu dirancang juga. Bukan sekadar bergantung pada nasib semata-mata.
Adakan program dan aktiviti-aktiviti yang sewajarnya agar lagi banyak
kesempatan yang boleh kita dapati dengan lebih mudah dan senang lagi. Tak pandai
ambil peluang tak tahu menghidu oportuniti pasti sukar untuk kita sendiri
melakukan jualan.
“Sesungguhnya amal yang dilakukan pada
bulan Ramadhan ialah membaca Al-Quran dan menjamu orang berbuka puasa”,
demikian dinyatakan oleh seorang sarjana Islam generasi tabiin, Muhammad bin
Syihab az-Zuhri.
“Seorang mukmin yang memberi makan mukmin
yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan
syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah
akan memberi air minum dari syurga” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Semua amal soleh yang dikerjakan manusia dilipatgandakan (pahalanya), satu
kebaikan (diberi ganjaran) sepuluh sampai tujuh ratus kali lipatan gandanya.
Allah Taala berfirman: “Kecuali puasa
(ganjarannya tidak terbatas), karena sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk Ku
dan Akulah yang akan memberikan ganjaran (kebaikan) baginya.” (Hadis Bukhari & Muslim)
Ini disebutkan oleh Nabi dalam
satu doa beliau bermaksud “Orang yang
berpuasa telah berbuka di sisi kalian, makanan kalian telah di makan oleh
orang-orang yang baik. Kalian telah dipohoni rahmat oleh Malaikat.”
(Sahih Sunan Abu Dawud)
Antara doa-da yang diajarkan oleh
Nabi pula adalah seperti berikut
“Orang-orang
yang baik telah memakan makanan anda, para Malaikat telah berselawat kepada
anda. Dan orang-orang yang berpuasa pun telah berbuka di tempat anda”
(Hadis Riwayat Muslim)
“Ya
Allah, berilah makan orang yang memberi ku makan berilah minum orang yang
memberi ku minum” (Hadis
Muslim)
“Ya
Allah, ampuni mereka dan rahmati mereka, berkati pada seluruh rezeki yang
Engkau berikan” (Hadis
Muslim)
Teruskan usaha
sambil menyelam minum air ini. Banyak ganjarannya memberi makan kepada mereka
yang berpuasa. Bukan sahaja sebagai satu ibadah tetapi juga sebagai satu
pelaburan buat karier kita di bidang jualan ini. Biar pasaran tahu kita adalah
orang Jualan yang menawarkan produk yang sentiasa orang ramai sentiasa
mencarinya. Tidak perlu segan dan malu kerana peluang yang ada perlu dicipta
bukannya datang dengan sendirinya. Lebih besar dan banyak pelaburan yang
dilakukan lebih besar peluang akan terhidang di depan mata. Teruskan usaha
murni ini kerana sudah pasti Allah akan sentiasa membantu orang yang sentiasa
mahu untuk berusaha demi memastikan karier jualan dirinya sentiasa berada di
puncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan