Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 9 Ogos 2012

PEMBURU MESTI CEKAP MENCARI PELUANG


Jadilah seorang pemburu yang dahagakan mangsanya. Tidak mengenal putus asa apatah lagi sentiasa tahu mencari di mana sasaran prospek/pelanggan yang perlu ditemuinya. Tiada sasaran macam mana nak jadi pemburu. Nak memburu tapi buat-buat main sahaja. Kena ada perancangan terlebih dahulu agar apabila tamat sahaja berburu mangsa yang dicari sudah berada di dalam genggaman. Itulah kejayaan yang diharapkan agar kekecewaan tidak langsung dapat bertakhta di hati dan sanubari.

Bagi memastikan pemburuan kita berjaya dilaksanakan bagai seorang pemburu yang dahagakan mangsanya perkara-perkara berikut perlu dilakukan iaitu

i.                    Ambil masa lakukan saringan yang sepatutnya

Seorang pemburu yang baik dan kreatif akan sanggup memperuntukkan sedikit masanya mengenal pasti sasaran yang sewajarnya untuk menemui prospek/pelanggan. Saringan demi saringan perlu dilakukan di samping membuka peluang yang baru pula. Ciptakan sebaik mungkin senarai yang dikehendaki semua sasaran yang telah dikenal pasti supaya lebih mudah pertemuan dapat di aturkan. Hilangkan ketakutan dan rasa malu tetapi terapkan rasa keyakinan diri. Hubungi seramai yang mungkin perkenalkan diri dalam senarai sasaran yang ditemui agar temu janji boleh ditetapkan.

ii.                  Dapatkan komitmen

Pastikan komitmen diperoleh. Komitmen itu penting dan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Komitmen kita untuk bertemu. Komitmen prospek/pelanggan sanggup peruntukkan masa mereka untuk bertemu dengan kita pada waktu yang bersesuaian dan dipersetujui bersama. Ini yang penting. Nak dapatkan temu janji pun sukar inikan pula nak lakukan jualan. Yang penting tanyakan dahulu dan dapatkan secepat yang mungkin temu janji yang diperlukan. Cuma perlu berhati-hati, jangan tergesa-gesa apatah lagi menekan prospek tersebut.

iii.                Dapatkan penutupan

Bukan tugas yang mustahil untuk dilakukan tapi perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Berikan persembahan dan penerangan yang baik dan memuaskan hati prospek yang ditemui. Banyakkan bertanya soalan agar dapat kita ketahui apa yang prospek tersebut mahukan dan perlukan dari kehadiran kita. Telah kita kesan dan ketahui jangan tunggu lagi. Tanyakan secara berhemah dan bersopan tentang persetujuan prospek tersebut menerima tawaran kita. Seorang pemburu kena berani dan tidak sama sekali mudah terkulai mengikut arus yang ditentukan oleh prospek tersebut. Berdiri teguh tunjukkan keyakinan yang ada.

Tidak kira di mana tempat dan lokasinya, keyakinan kita untuk mendapatkan sasaran prospek/pelanggan yang dimahukan sudah pasti memainkan peranan yang penting. Apa ada pada si pemburu andai kata segala tindakan dan perbuatan segalanya berakhir dengan kegagalan. Perancangan perlu betul, penelitian dan saringan mendapatkan senarai prospek kena lakukan setiap masa tidak kira pelanggan tersebut baru atau tidak. Yang penting hasil sentiasa boleh didapati. Orang yang menjual sudah pasti seronok melakukan jualan penaik semangat jika sentiasa mampu menjana pendapatan yang tinggi hasil dari penutupan jualan yang diperolehnya sebanyak yang termampu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan