Sememangnya melakukan jualan memenatkan. Apa tidaknya, tugasan yang
dilakukan dari pagi hingga petang bagaikan tiada kesudahannya. Ini belum di
ambil kira lagi yang terlajak sehingga ke malam. Rehat kena cukup. Tidur mesti
lena. Ini perlu dipraktikkan. Tanpa rehat yang cukup tidur yang mencukupi agak
sukar badan kita untuk memastikan kesihatan yang diperlukan.
Lihatlah penoreh getah, jam 4 pagi telah mula pergi menoreh mengharapkan
hasil torehannya diperoleh sebanyak yang boleh susu getahnya. Walaupun
mengetahui bahawa ketika itu ramai orang yang masih lena lagi. Lihat pula
bagaimana ahli sukan yang berjaya sudah pasti memulakan senaman paginya jam 4
atau 5 pagi. Begitulah hebatnya kuasa pagi. Kerana itu kita di saran dalam
agama agar kita boleh dan dapat melakukan solat tahajud sentiasa. Ada hikmah
nya ada sebabnya. Dengan kata lain, amalan
bangun di awal pagi adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh
yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan
sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan
walaupun puas dikejut. Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya
akan menjadi bertambah lemah apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton
tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan
lain. Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor
untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan akan membuat
seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi.
Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur.
Belajar untuk bangun tidur di awal pagi. Memang sukar tapi bukan satu
perkara yang mustahil untuk dilakukan. Asalkan sahaja kita mampu untuk tidur
awal sedikit sudah cukup memadai. Apabila kita bangun di awal pagi ini bermakna
i.
Boleh mencari inspirasi dan ilham
ii.
Melakukan secara menyendiri mendapatkan apa-apa
keputusan yang dikehendaki
iii.
Merangka untuk menghasilkan keputusan seperti mana
yang dikehendaki
iv.
Merangsang mencari idea dan pemikiran yang
berstrategi menambah baik kan tugasan jualan
v.
Fikir dan catat apa yang telah difikirkan
vi.
Pembacaan dalam mencari penambahan ilmu
Apa kebaikannya? Pengasingan diri tanpa perlu bertapa ke gua-gua atau
tempat berasingan bagi mencari ilham. Cukup sekadar bangun di awal pagi mencari
dan menyusun semula tenaga badan dan diri per kemaskan semula apa yang perlu
kita lakukan setiap hari. Tidak menyusahkan tapi sekali sekala tindakan
sebegini amat diperlukan. Mungkin perkara-perkara berikut dapat membantu diri
kita
Pertama, kita bersedia untuk bertugas. Tidak terburu-buru tapi telah
bersiap sedia untuk menempuh tugasan kita untuk berkhidmat dengan seluruh jiwa
dan raga. Elakkan bangun tidur berhampiran dengan tempoh masa kita hendak pergi
menjalankan tugasan kita dikhuatiri akan menyebabkan rasa kelam kabut dan
macam-macam akan tertinggal itu dan ini akan terjadi. Banyak perkara yang perlu
kita lakukan. Jiwa yang tenang fikiran yang tenteram pasti akan membawa kita ke
arah melakukan pekerjaan tugasan dengan lebih baik dan sempurna lagi.
Kedua, tahu apa yang perlu dilakukan. Dah bersedia dari awal lagi.
Tidak perlu memikirkan lagi apa yang sepatutnya. Tahu dan faham apa tindakan
kita dan hanya tunggu untuk melakukannya agar keputusan akhir seiring dengan
harapan awal kita. Ketenangan akan membantu kita melakukan dengan sebaik yang
mungkin tanpa merasakan cabaran dan halangan sebagai satu perkara yang cukup
sukar untuk kita lepasi.
Ketiga, bertindak mengikut apa yang telah kita rancang kan. Jangan
main semberono sahaja. Lakukan yang sepatutnya mengikut perancangan kita. Tanpa
perancangan bagaimana untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati kita. Seperti
rumah yang mahu dibina, tanpa pelan bagaimana rumah mahu dibina? Begitulah
tugasan kita, rancang dahulu baru boleh bertindak.
Menyendirilah
di kala pagi, mencari keredaan Allah dengan bertahajud terlebih dahulu memohon
segala tugasan kita dipermudahkan. Mencari ilham seperti mana yang dikehendaki.
Penyusunan perancangan yang lebih efektif boleh diusahakan. Jangan putus asa
kerana Allah sebenarnya telah terlalu banyak memberi kita masa untuk kita
melakukan tindakan yang terbaik. Hanya yang membezakannya adakah tindakan kita
selama ini adakah betul atau tidak, benar ataupun tidak atau ia nya mengikut
keupayaan kita ataupun tidak. Kita penentu segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan