Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 12 Ogos 2012

THEP-PRASIT HONEY


Peluang melancung ke Bangkok sememangnya satu kenangan yang sukar di lupakan. Pergi bersama kakitangan jualan yang hebat-hebat prestasinya sememangnya satu pengalaman yang sukar dilupakan. Banyak pengalaman manis dan tip-tip berguna didapati dari mereka yang berjaya boleh diguna pakai untuk di masa hadapan dan di praktikkan di Malaysia pula.

Antara satu tempat yang kami dibawa pergi untuk membantu ekonomi di Thailand adalah sebuah pejabat pengeluaran Madu Asli Thailand yang di kenali sebagai Thep Prasit Honey. Bukannya madu tiada di jual di Malaysia tetapi cukup hebat cara mereka melakukan jualan dalam mempengaruhi pemikiran sesiapa yang hadir ke situ untuk membeli dan terus membeli madu yang di tawarkan. Harganya bukan setakat RM30 atau RM40 sahaja tetapi menelan jualan ratusan ringgit harganya. Padahal madu di Malaysia walaupun di tepi jalan yang harganya sekitar RM20-RM30 sahaja masing-masing cukup berkira untuk membelinya. Ini belum lagi di ambil kira harga madu Tualang yang cukup terkenal di sini tetapi rupanya orang-orang di Thailand ini lebih cekap dan hebat sekali mereka ini melakukan jualan kepada kami yang berada di sana.

Bermula dengan melangkah kaki di tempat tersebut, sebelum majlis penerangan diadakan, kami telah dijamu terlebih dahulu dengan air minuman madu yang begitu enak rasanya sama sekali yang kebetulan di masa yang sama sekali sememangnya begitu dahaga di waktu tersebut di sebabkan keadaan yang begitu panas cuacanya di Bangkok. Apabila majlis penerangan atau presentasi dilangsungkan di waktu itulah kami diberikan pelbagai rasa madu yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut untuk kami merasakannya. Agak memeranjatkan sehabis tamat sahaja majlis penerangan tersebut sambutan diterima oleh mereka cukup menggalakkan. Adalah dianggarkan melebihi RM10,000 berjaya dihasilkan hanya dari ahli-ahli rombongan kami yang sertainya.

Apa yang saya perhatikan, kakitangan Thep Prasit Honey telah berjaya menjalankan tugasan mereka dengan begitu baik sekali dalam melakukan dan menawarkan jualan. Antara tindakan-tindakan mereka melakukan jualan yang begitu berkesan sekali adalah dengan 

i.                     Menyediakan infrastruktur yang begitu kemas dan menyenangkan hati pengunjung.

ii.                   Memastikan kakitangan yang melakukan presentasi  adalah seorang yang benar-benar berwibawa dan mampu menarik perhatian orang yang mendengarnya.

iii.                  Memastikan apa yang disampaikan benar-benar difahami, ringkas dan padat isi kandungannya tanpa perlu meleret-leret, menjemukan dan boleh diterima siapa juga yang mendengarnya.

iv.                 Tidak sama sekali mengatakan pesaing yang ada di luar sana adalah tidak baik dan mengatakan hanya produk mereka sahaja yang terbaik.

v.                   Berikan semua yang hadir merasa madu yang mereka keluarkan walaupun berbotol juga madu yang dihabiskan untuk dirasai oleh semua yang ada

vi.                 Berikan promosi yang terbaik mengikut pakej-pakej yang ditawarkan. Lagi banyak beli lagi banyak barangan percumanya.

vii.                Semua kakitangan jualan yang ada mengatakan perkara yang sama walaupun dengan siapa pun pengunjung bertemu dan bertanya.

viii.              Penampilan pakaian yang cukup baik dan kemas sebagai simbol korporat mereka.

ix.                 Cukup ramah dan mesra tidak kira siapa pun juga yang datang dan bertanya.

x.                   Penyampaian yang diberikan secara berfakta dan mudah di fahami lebih mudah diterima oleh semua orang yang hadir.

xi.                 Testimonial-testimonial yang ada ditunjukkan satu persatu sebagai menguatkan hujah mereka untuk lebih memberikan keyakinan pembeli.

xii.                Menguasai Bahasa English di samping Bahasa Malaysia/Indonesia dengan begitu baik sama sekali menambahkan lagi memudahkan yang hadir untuk lebih memahami.

xiii.              Ucapan penghargaan kepada mereka yang hadir walaupun tidak membeli.

Satu pengalaman yang amat berguna sebagai satu bekalan yang boleh dipraktikkan oleh kita di Malaysia. Tidak kira kaum, bangsa dan agama asalkan jualan yang dilakukan dibuat secara berhemah dan boleh diterima semua orang mendengarnya. Semoga apa yang diterangkan ini dapat kita lakukan juga di tempat kita bermula dengan memberikan penerangan yang baik, jitu dan mudah difahami dan diterima oleh sesiapapun juga tanpa perlu mengkondem dan menghentam pesaing yang ada. Walaupun madu melambak-lambak dijual di Malaysia namun madu dari Bangkok juga menjadi pilihan hati untuk berbelanja besar di sana. Itulah hebatnya orang-orang Siam di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan