Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 29 Ogos 2012

Hebatnya PENGGUNAAN perkataan SEBENARNYA


Satu perkataan yang sepatutnya digunakan dalam melakukan jualan. Tidak kira dalam proses presentasi, mengemukakan soalan-soalan, semasa menghadapi bangkangan mahupun semasa penutupan jualan. Semuanya boleh digunakan. Boleh dimanfaatkan dari perkataan ini dan boleh peroleh apa juga yang kita mahukan. Asalkan kita tidak melupainya cukuplah.

Perkataan yang dimaksudkan itu adalah ‘SEBENARNYA’. Memang banyak maklumat dan informasi yang  kita boleh peroleh dengan perkataan ini. Ketahui sesuatu dengan mudahnya apatah lagi ia nya apabila kita kemukakan perkataan ini prospek/pelanggan tidak akan mudah merasa marah atau naik angin pula apabila kita ingin tahu sebab sebenarnya.

Dari Kamus Pelajar Edisi Pelajar sebenarnya membawa maksud 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yang kamu katakan itu.
Manakala dari Kamus Dewan Edisi Keempat pula sebenarnya membawa maksud 1. yang merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yang sentiasa menyerukan pembelaan wanita yang ~ menganiaya mereka; 2. yang dikira betul, sebetulnya: ejaan yang ~ ialah pameran bukan pameran; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah seperti kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya;

Jelas dari maksud, dengan perkataan sebenarnya kita boleh memahami dan mengetahui apa keadaan atau situasi yang betul dan sewajarnya bagi memudahkan lagi tindakan kita menyesuaikan dengan apa yang dimahukan dan diperlukan oleh prospek/pelanggan. Ia juga boleh digunakan sebagai satu usaha mencari jalan penyelesaian kepada satu-satu masalah yang mungkin timbul atau ada hanya kerana prospek ingin mencurahkan apa yang ada pada dirinya atau menyatakan ke tidak puas an hatinya kepada kita.

Mungkin contoh-contoh ayat seperti berikut boleh kita praktik kan, antaranya

sebenarnya apa yang Encik/Cik fikirkan selama ini?’

‘apa yang Encik/Cik perkatakan ini ada kebenarannya tetapi mungkin kebenaran sebenarnya jauh dari yang Encik/Cik sangka kan’

‘Apa sebenarnya yang Encik/Cik mahukan? Supaya saya tahu bagaimana saya boleh membantu’

‘mungkin tarikh yang saya cadangkan tidak sesuai pada Encik/Cik, boleh kah saya ketahui tarikh sebenarnya yang bersesuaian dengan Encik/Cik untuk kita bertemu’

‘semuanya tiada halangan jika Encik/Cik memaklumkan sebab sebenarnya

‘apa sebab sebenarnya Encik/Cik agak keberatan untuk perkenalkan kepada saya rakan-rakan Encik kepada saya’

‘selagi Encik/Cik tidak memaklumkan kepada saya selagi itu saya tidak akan mengetahui keadaan sebenarnya

Cukup mudah untuk memperoleh maklumat seperti yang kita kehendaki sebenarnya. Anggaplah perkataan ‘SEBENARNYA’ amat penting untuk kita pergunakan. Asalkan kita tahu dalam keadaan yang bagaimana untuk digunakan dan pergunakan dengan sebaik yang mungkin. Jangan risau tidak pula dikhuatiri kerana apa yang kita perkatakan adalah ikhlas dan jujur bagi tujuan semata-mata membantu dan per mudahkan lagi tugasan kita melakukan jualan. Sentiasa kreatif dalam mencari sumber bagi memudahkan lagi olahan kita apabila kita berhadapan dengan prospek/pelanggan yang ditemui.



1 ulasan: