Bukan satu tugasan mudah mendapatkan kata putus ketika proses penutupan
jualan. Nak jalinkan perhubungan dengan prospek/pelanggan juga memainkan
peranan penting. Mendapatkan keyakinan mereka perlu di utamakan. Jangan di
rasakan terlalu mudah melakukan jualan jika perhubungan antara kita dan
prospek/pelanggan tidak dapat disemai. Bila ada perhubungan yang baik baru
boleh dapatkan keyakinan yang tinggi daripadanya.
Bila dah ada keyakinan dan kepercayaan terhadap kita, jangan di tunggu
lagi. Tanyakan tentang peluang kita mendapatkan perniagaan darinya. Gunakan
bahasa yang baik dan berhemah supaya hasrat kita tertunai. Mendapatkan maklum
balas dari prospek/pelanggan yang ditemui untuk bersetuju menerima tawaran yang
ditawarkan maka apa yang perlu kita lakukan jika konsep 3K ini kita guna pakaikan ia adalah
i.
Kejujuran
Jangan sama
sekali kita kelentong, menipu dan berbohong kepada prospek/pelanggan. Lakukan
secara semula jadi dan lebih baik dari pesaing yang ada. Tunjukkan kesungguhan
kita. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan diterima dengan hati yang terbuka.
Tunjukkan keprofesionalan dan berhemahnya kita menawarkan produk. Tiada yang
merugikan tetapi menguntungkan kepada mereka jika menerima tawaran yang
ditawarkan.
ii.
Kepastian
Jangan
memaksa. Jangan mengelirukan pemikirannya. Tunjukkan perkara yang benar dan
berfakta agar lebih difahami. Ada testimoni dan penghargaan dari pelanggan yang
sedia ada tunjukkan kepadanya betapa adanya orang lain benar-benar cukup
menghargai apa yang kita lakukan selama ini. Bila kepastian telah dipastikan
sudah tentu penutupan jualan semakin mudah dilaksanakan.
iii.
Kepercayaan
Perhubungan yang
baik, kejujuran yang ditunjukkan dan keyakinan kita dalam melakukan jualan
sudah pasti memberikan kepercayaan yang mendalam kepada mereka untuk percaya
segala apa yang telah diterangkan. Memudahkan jangan disukarkan. Sudah pasti
prospek/pelanggan merasakan cukup selesa dan mudah pula berurusan dengan kita.
Itu pun jika mereka telah mula percaya dan yakin atas apa yang telah kita
persembahkan memberikan penerangan yang sewajarnya memberikan mereka kefahaman
yang difahami dan jelas pada pemikiran mereka.
Jangan mudah berputus asa. Tanyakan sahaja secara berhemah. Nak tunggu
jawapan takut tak tertunggu maklum balas dari mereka. Walaupun kita dituntut
diam seketika tapi pastikan jangan terlalu lama mendapatkan keputusan darinya.
Tawakal kepada Allah. Kejujuran telah diberikan. Kepastian dan kepercayaan
telah dijelmakan. Sudah pasti satu berita baik sudah semestinya akan kita
peroleh kelak. Jangan ada perasaan malu dan takut-takut menanyakan pada
prospek/pelanggan sama ada bersetuju ataupun tidak menerima tawaran yang
ditawarkan. Kita malu kita yang tanggung rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan