Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 31 Ogos 2012

BERAPA LAMA UNTUK BEBAS DARI DI JAJAH ?


Adalah menjadi sesuatu perkara yang terbesar bagi sesebuah negara apabila telah di daulatkan menjadi sebuah negara yang bebas untuk di perintah sendiri oleh penduduk negara tersebut tanpa perlu di tadbir dan di jajah oleh negara yang lain. Terlalu besar erti kemerdekaan bagi kita semua dalam memastikan negara kita telah benar-benar mencapai kemerdekaan. Kini negara kita telah 55 tahun bebas dari angkara penjajahan yang mana semenjak 1957 lagi setiap tahun kita rakyat Malaysia sentiasa meraikan kemerdekaan secara gilang gemilang tanpa gagal. Begitulah hebatnya sambutan kemerdekaan yang kita lakukan tanpa merasa jemu dan bosan hanya semata-mata semangat cintakan tanah air kita sendiri.

Negara kita sudah pun Merdeka selama 55 tahun, tapi bagaimana pula dengan diri kita? Masih ada lagi kah penjajah yang sentiasa menjajah diri kita sehingga kita lupa dan alpa yang kita ini adalah seorang manusia yang sentiasa juga ingin merasa merdeka dan bebas dari sebarang tekanan dan paksaan daripada orang lain. Merdeka di sini bukan sahaja merdeka kepada negara kita sahaja tetapi juga merdeka dalam makna pembebasan dan kebebasan melakukan sesuatu dengan senang, tanang dan gembira mengikut kehendak hati tanpa perlu di kongkong dan di kawal ketat di sebabkan oleh elemen lain.

Kemahuan dan kehendak kita adalah pelbagai tetapi adakah ini mencukupi dan memadai dengan apa yang kita mahukan. Bebas kah kita selama ini? Berapa lama lagi kita harus di jajah dan di kongkong? Kita amat di perlukan sama sekali untuk pembebasan diri kita kepada

i.                     Merdeka pada fikiran kita
Buang jauh-jauh fikiran kita jika kita merasakan fikiran kita sentiasa memikirkan tentang gejala negatif dan yang tidak baik berlegar-legar dalam pemikiran diri kita. Bebaskan diri kita dari tanggapan yang negatif dan yang buruk serta di sisihkan dengan sesuatu yang positif yang boleh merangsang diri kita untuk bertindak ke arah yang lebih positif dan berwibawa demi kemajuan diri kita sendiri. Kalau negara kita boleh bebas dari penjajahan kenapa kita juga tidak boleh lepas dari penjajahan pemikiran? Untuk berjaya kita sentiasa perlukan yang positif untuk merangsang fikiran kita melakukan perkara-perkara yang baik dan di ingini. Hanya kerana kita ingin melakukan jualan untuk kejayaan karier kita, fokus kita kena betul mengikut niat asal kita untuk apa kita lakukan jualan sebagai karier utama kita. Bila kita telah perbetulkan niat dan matlamat kita maka tiada siapa pun dapat menjajah fikiran kita lagi ke arah yang negatif dan yang bukan-bukan kerana sebenarnya kita telah pun fokus untuk melakukannya.

ii.                   Merdeka kepada sikap kita sendiri
Sikap kita melambangkan keperibadian kita sendiri. Selagi keperibadian kita di pandang tinggi dan elok oleh orang lain selagi itulah kita akan di hormati dan di segani di mata masyarakat.  Bagi memastikan jualan kita mudah dan senang untuk di terima oleh orang ramai, bebaskan diri kita mencapai satu kemerdekaan pada sifat dan sikap dalam diri kita memastikan kehadiran kita di terima oleh semua orang. Berbudi bahasa, bersopan santun, berhemah dan merendah diri sentiasa supaya kita lebih mudah untuk memberikan tawaran dan menjual dengan apa juga produk yang kita tawarkan kepada prospek/pelanggan dengan senang hati dan ceria.

iii.                  Merdeka kepada diri kita sendiri
Selagi kita suka untuk membantu orang ramai selagi itu orang akan lebih mempercayai kita dan Allah juga akan memberikan pertolongan semula dengan lebih banyak lagi kepada kita juga sebagai balasan perbuatan baik kita kepada orang lain. Segala kemahuan dan kehendak kita akan lebih cepat terlaksana dengan jujurnya dan tepatnya. Jika kita sendiri yang melakukan kesalahan, kesilapan dan bongkak diri, tiada siapa pun juga yang akan membetulkan diri kita melainkan diri kita sendiri. Jangan sampai diri kita di jajah oleh kuasa lain yang menyebabkan orang lain akan hilang hormat dan tidak suka kepada diri kita sendiri. Orang SALES tidak boleh sombong dan angkuh nanti prospek/pelanggan akan lari. Perbetulkan segala kekurangan dan kelemahan dalam diri kita sendiri agar kita sentiasa merdeka untuk bertindak dengan lebih berketerampilan dan bersemangat sentiasa bagi menghadapi segala halangan dan cabaran yang perlu di tempuhi.

Merdeka, merdeka juga, bukan setakat merdeka kepada negara tetapi juga kepada diri kita sendiri. Perbetulkan mana-mana yang negatif dan yang tidak betul supaya kita akan jadi lebih bermaruah dan di hormati sentiasa dalam melakukan jualan di mana juga kita lakukan. Orang sentiasa memerhatikan segala tindakan dan tugasan kita tanpa kita sendiri sedari. Masih ada lagi masa untuk kita perbetulkan ke arah yang lebih positif dan di gemari oleh orang yang berhadapan dengan kita nanti baik prospek/pelanggan kita sendiri mahupun pihak pengurusan kita. Kita menentukan segala-galanya sama ada kita sendiri telah MERDEKA ataupun belum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan