Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 22 Ogos 2012

Jangan Risau tahu lah saya apa yang di lakukan


Satu pembuktian yang kita telah benar-benar melakukannya. Pasti kita perkatakan ‘ Saya tahu apa yang sedang saya lakukan’. Impak yang cukup besar penanda satu kenyataan yang memberikan yang kita benar-benar melakukan tugasan dan amanah yang diberikan. Jangan ada orang sama sekali boleh menyangkalkan kenyataan tersebut kerana prestasi akhir membuktikan kita boleh melakukannya. Bukan satu gurauan tapi adalah  kepastian dari dalam diri kita sendiri.

Kadang-kadang ada baiknya. Tapi kalau diri kita sendiri tidak menjaganya kelak sudah pasti akan menimbulkan sesuatu yang tidak baik pula kepada kita. Tanpa kita sedari apa juga perlakuan kita tanpa adanya sesiapa juga yang menegurnya dikhuatiri nanti, kita akan tenggelam dan berada dalam dunia kita seorang sahaja. Apabila kita berfikiran begini bermakna kita

i.                    Ego

Atasi segala-galanya. Kerana kita merasakan kita sahaja yang betul dan benar, kita akan berasa terlalu ekstrem dengan keegoaan, bongkak dan takabbur yang amat sangat. Kita lupa yang kita ini manusia sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Perlu ingat sentiasa siapa diri kita sebenarnya.

ii.                  Kita lupa yang kita ada ketua

Adat orang makan gaji, sudah pasti ada ketuanya yang memerlukan kita mengikut arahan setiap masa. Kalau kita berasa keberatan untuk mengikuti segala arahannya, eloklah kita bekerja secara sendiri sahaja. Asalkan arahannya tidak bercanggah dengan ugama dan peraturan organisasi demi kebaikan tempat kita bekerja dan karier kita kadang-kala kita perlu juga mengikut apa yang disuruhnya walaupun kadang-kadang amat memeritkan dan melukakan hati kita.

iii.                Terlalu pentingkan diri sendiri
Fikirkan orang lain sama. Kita kerja berpasukan. Tiada seorangpun yang bekerja secara bersendirian. Susah senang, mudah sukar semuanya perlu dihadapi secara bersama dengan hati yang terbuka. Hilangkan perasaan tinggi diri demi mengejar matlamat hidup kita. Selagi kita tidak bersatu selagi itu semangat berpasukan sudah pasti sukar di pupuk.

iv.                 Terdedah kepada andaian

Mudah melakukan andaian akan membentuk diri kita sentiasa betul dan benar sahaja walaupun apa yang kita lakukan kadang-kadang menyalahi dan tersasar dari sepatutnya. Sentiasa andaikan apa sahaja tindakan kita itu benar dan betul tanpa ada orang yang boleh menegurnya sudah pasti mengakibatkan kita akan mudah lupa diri dan terdedah lebih banyak kepada kesalahan dan kesilapan. Berfikir semula fikirkan sedalam-dalamnya sebelum kita melakukan sesuatu keputusan dengan betul dan bernas.

Jangan mudah lakukan keputusan walaupun kadang-kala kita merasakan apa tindakan yang kita lakukan ini adalah betul dan benar. Kena fikirkan dahulu baik buruknya dan jangan sama sekali buat keputusan membabi buta dikhuatiri nanti kita yang akan menanggung akibatnya kemudian hari. Ambil langkah berwaspada dan berhati-hati sentiasa kerana itu lebih baik dari kita lakukan ikut sesuka hati kita. Biarlah berhemah dan merendah diri diri dari kita bercakap besar dan meninggi diri. Biar prospek/pelanggan menilai diri kita disudut yang terbaik dan bukan sebaliknya. Kita lakukan yang betul dan yang terbaik sudah pasti hasilnya akhirnya akan memberikan keputusan yang terbaik buat diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan