Dalam kegairahan kita mendapatkan amaun pengeluaran wang, bermakna telah
banyak sumber-sumber Leads yang kita perolehi ataupun yang kita carikan sendiri
sudah banyak yang terpakai dan digunakan. Hasil kalau dah banyak keluar
sememangnya amat menggembirakan. Apa tidaknya semua apa yang kita harapkan
berhasil menjadi pelanggan. Apabila penutupan jualan berjaya dilakukan bermakna
semakin banyak komisen akan diperolehi dengan banyak mengikut bilangan berapa
banyak pengeluaran wang yang berjaya di keluarkan.
Tapi adakah kita sedar yang segala leads yang telah kita pergunakan tadi
telah diisi semula sewajarnya? Adakah kita telah sedia maklum yang apa juga
leads yang telah kita gunakan perlu diisi dan di ganti semula? Masalah akan
timbul jika perkara sebegini kita biarkan sahaja dikhuatiri dimasa hadapan kita
pula akan sukar mendapatkan pelanggan hanya disebabkan data-data leads telah
habis sepenuhnya. Bila dah habis segala leads yang ada bagaimana dengan
kedudukan komisen kita nanti?
Jangan bertangguh lagi, tindakan segera dan berterusan perlu di lakukan
agar stok bekalan leads kita sentiasa ada dalam simpanan kita. Antara
perkara-perkara yang perlu dilakukan adalah dengan
i.
Penggantian semula
Bijak
mendapatkan pelanggan kena bijak juga mendapatkan leads. Tidak kira dari mana
sumbernya pastikan ianya cukup relevan dengan apa yang kita mahukan. Lakukan
segera penggantian yang telah kita gunakan. Andaikata telah kita gunakan
seramai 10 orang setiap hari bermakna dalam minima 10 oranglah juga kita perlu
mendapatkan semula bahan bekalan simpanan kita. Jangan sama sekali mengharapkan
tuah atau takdir kerana tuah tidak akan datang bergolek sama sekali andai kata tanpa
adanya usaha dari kita sendiri.
ii.
Ketahui purata kejayaan
sendiri
Kita yang
melakukan jualan maka sedikit sebanyak sudah pasti kita sudah ketahui berapa
banyak pelanggan yang boleh kita perolehi setiap hari. Andai kata dari 10 orang
yang kita lakukan temu janji dan berjaya memperolehi 2 penutupan jualan,
bermakna 20% berjaya di hasilkan setiap hari.
Ini bermakna paling kurangpun dalam sehari adalah di sarankan dan
digalakkan agar tahap sebanyak 20% tersebut dikekalkan. Kena ingat peratusannya
agar kita mudah kenal pasti penggantiannya semula. Tujuannya adalah untuk di
isi semula apa yang telah dipergunakan. Jangan kita lupa bahawa jualan adalah
satu permainan angka yang perlu kita praktikkan juga.
iii.
Dapat seorang pelanggan
perolehi referral daripadanya
Berjaya sahaja
mendapatkan penutupan jualan, jangan berat mulut untuk mendapatkan referral
daripadanya. Cara ini terbukti lebih mudah mendapatkan pelanggan lain dari kita
tercari-cari dari sumber yang langsung mereka tidak mengenali kita. Melalui
referral sudah pasti nama pelanggan tersebut akan kita sebutkan dulu sebagai
satu testimonial yang mereka telah kenali selama ini. Pergunakan sebaik mungkin
asalkan sumber referral paling mudah diperolehi.
Kerja
dan usaha yang baik dan bagus datangnya dari daya usaha yang konsisten dan
bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Biar banyak leads yang ada dari menjadi
kering kontang memeningkan kepala kita mencarinya semula. Jangan biarkan
terputus kerana bila sekali terputus sahaja tiada stok perkara yang sepatutnya kita
lakukan untuk mendapatkan penutupan jualan semuanya jadi tertangguh dan
melemahkan lagi semangat pada diri kita sendiri. Elakkan ia sama sekali kerana
apa yang kita mahukan agar berjaya memperolehi komisen sebanyak yang mungkin
bukan pada tempoh sebulan sahaja tetapi berjaya memperolehinya setiap bulan.
Itulah baru dinamakan handal dalam melakukan jualan. Mesti orang respect lah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan