Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 24 Ogos 2012

JANGAN FIKIRKAN KOMISEN/GANJARAN/INSENTIF


Sememangnya apabila bertemu dengan prospek/pelanggan, apa yang sibuk kita fikirkan adalah komisen yang bakal kita perolehi apabila penutupan jualan berjaya diperolehi. Inilah perkara yang menaikkan semangat dan pendorong diri kita dalam melakukan jualan. Lagi besar komisen yang boleh diperolehi lagi besar pendapatan yang bakal kita dapati dan pergunakan untuk kegunaan diri kita sendiri.

Inilah yang merisaukan kita. Kerana terlalu memikirkan komisen ditakuti nanti akan menyebabkan bakal pelanggan yang berada dihadapan kita akan menyedari yang kita

i.                     Bukan untuk membantu beliau tetapi kita lakukan hanya semata-mata berkehendakkan komisen sahaja.

ii.                   Tergesa-gesa untuk mendapatkan penutupan jualan.

iii.                  Seperti memaksa-maksa beliau menyetujui penerimaan penutupan jualan.

iv.                 Macam tiada keikhlasan dalam melakukan tugasan.

v.                   Seolah-olah beliau bukan berada dalam fikiran kita sepatutnya.

Ini yang perlu dirisaukan. Memang komisen tujuan utama tapi kalau tiada pelanggan bagaimana kita akan perolehi komisen sepertimana yang dimahukan. Berhadapan dengan pelanggan kena pastikan yang kita benar-benar berhadapan dengan beliau. Ambil pendekatan sewajarnya agar kita jangan memikirkan dahulu tentang perolehan kita hasil dari penutupan jualan yang berjaya dilakukan. Bukan apa hanya ditakuti ia nya akan mengganggu proses penutupan jualan tersebut hanya kerana kita telah tersalah fokus habis hilang segala-galanya.

Berani untuk berubah. Elak untuk fikirkan komisen terlebih dahulu terutamanya ketika kita sedang didalam proses penutupan jualan. Antara tindakan yang perlu di ambil adalah

i.                     Beri bantuan sewajarnya

Niat untuk membantu dahulu, selesaikan permasalahan orang lain dan cari jalan bagaimana presentasi kita boleh diterima oleh pendengar dengan kepercayaan yang begitu meninggi sekali. Semuanya bergantung dengan niat. Niat yang telus dan murni pasti mendapat pembalasan yang terbaik dari Allah SWT. Bantu orang, tolong orang, permudahkan mereka dan jangan sama sekali menyukarkan mereka. Bila kepercayaan prospek/pelanggan telah diperolehi, tindakan selepas ini sudah pasti akan di anggap cukup mudah untuk melakukan jualan.

إنَّمَا  الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى،  فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى  اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ  امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ

“Sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan  niat-niatnya dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang dia  niatkan, maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul Nya maka  hijrahnya kepada Allah dan Rasul Nya dan barang siapa yang hijrahnya  karena dunia yang hendak dia raih atau karena wanita yang hendak dia  nikahi maka hijrahnya kepada apa yang dia hijrah kepadanya”. (Hadis riwayat  Bukhary-Muslim dari ‘Umar bin Khoththob radhiallahu ‘anh

ii.                   Fokus kepada pelanggan tersebut

Berhadapan dengan prospek/pelanggan kena beri sepenuh perhatian jiwa dan raga. Buang jauh-jauh apa yang ada dalam fikiran kita terlebih dahulu. Kita tunjukkan minat kepada mereka sudah pasti mereka juga akan menunjukkan minat mereka kepada diri kita. Barulah seimbang tanpa ada berprasangka buruk dan memikirkan yang bukan-bukan. Apabila kita fokus segala apa yang kita lakukan sudah pasti berada dalam satu situasi yang menyenangkan dan memudahkan segala urusan kita nanti.

iii.                  Dengar betul-betul

Perbanyakkan bertanya dari bercakap supaya kita ketahui apa yang dimahukan dan dikehendaki oleh pihak prospek/pelanggan itu sendiri. Bersabar sentiasa kerana lain orang lain karenahnya. Fahami tindakan prospek/pelanggan kami terlebih dahulu. Jangan lakukan dengan tergopoh gapah tetapi tenang sentiasa berikan sebanyak yang boleh soalan-soalan yang akan memberikan pada kita semula tentang pencariannya selama ini. Jangan sama sekali melakukan andaian kerana ini semuanya akan memusnahkan harapan kita dari mendapat penutupan jualan seperti mana yang di kehendaki.


InsyaAllah, niat kalau betul pasti hasilnya akan menjadi betul seperti mana yang kita idamkan. Bantu seramai yang boleh agar mereka kemudian hari membantu kita semula melalui penerimaan komisen yang bakal kita terima kelak. Elakkan sama sekali memikirkan berapa banyak jumlah pendapatan terlebih dahulu tapi fikirkan berapa ramai yang sudah kita tolong dan bantu pada orang yang sepatutnya dan sewajarnya. Tanpa mereka sudah pasti tiada komisen yang boleh di perolehi. Jangan mudah mendabik dada tapi sentiasa beringat untuk meramaikan lagi menghulur tangan kita memberikan bantuan kepada mereka dengan apa jalan sekalipun. Setiap amalan baik sudah pasti akan ada pembalasan yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan