Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 4 Ogos 2012

Awasi dan Perbaiki sikap yang over sesangat itu


Awasilah dengan sebaik mungkin. Tanpa kita sedari walaupun kita suka dan mengemarinya tapi mungkin orang lain tak suka pula. Berhati-hati umpama menarik benang dalam tepung jangan sama sekali dibiarkan tepung berterabur sekelilingnya manakala benang yang di tarik jangan terputus pula. Kena jaga kedua-duanya. Begitulah kita, kena jaga dengan sebaik yang mungkin. Agak-agak ada yang tak berkenan awasilah dengan sebaik yang mungkin. Tak jaga nanti sukar pula untuk melakukan jualan.




Antara sikap ‘terlalu’ yang kita perlu awasi dan lakukan adalah

i.                     Manja – mengada-gada

Nak bermanja sekalipun biarlah bertempat. Jangan main suka hati sahaja jumpa sesiapa main manja yang amat sangat. Tengok keadaan dahulu. Terlalu manja pada orang yang kita sayangi tidak mengapa. Pada prospek/pelanggan jangan pula jadi begitu nanti lain pula anggapan orang kepada kita. Kena lebih berhati-hati dan jangan turutkan hati atas gelagat kita sendiri walaupun kita sendiri sedari yang kita ini adalah seorang yang manja.

ii.                   Terbuka

Apa yang di maksudkan dengan terbuka ini adalah sikap dan cara kita yang mudah sangat menjadi peramah yang amat sangat. Habis kita sembangkan pelbagai cerita dan berita. Ini belum masuk lagi bab gosip dan sensasi. Apa juga yang kita dengar dan ketahui habis semua kita mahu sampaikan dan ceritakan kepada orang. Dah terlalu ramah begini agak-agaknya bagaimanalah pula karenah kita pada prospek/pelanggan nanti? Terlalu terbuka kata-kata kita juga amat bahaya juga kerana di khuatiri segala rahsia prospek/pelanggan nanti habis kita sampaikan dan ceritakan pula kepada orang lain. Macamana orang nak percaya kepada kita? Terlalu ramah juga ada bahayanya. Maklumlah ditakuti nanti terlepas cakap habis sampai bila-bilapun orang jadi tak percayalah pula kepada kita.

iii.                  Tertutup

Macam ada batu geligalah pula bila nak bercakap. Macamana nak menjual kalau itu rahsia ini tak boleh nak beritahu dan sebagainya. Agak-agak kalau susah sangat nak bercakap baik tukar profesion terlebih dahulu. Mengutum senyuman pun sukar takut orang tafsir lainpun susah juga. Semuanya asyik negatif sahaja. Terlalu tertutup sehinggakan menyusahkan prospek/pelanggan juga amat-amat tidak di galakkan. Jangan sayangkan mulut kita untuk berbicara tapi sayangkan profesion kita yang memerlukan mulut mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya.

iv.                 Cerewet

Itu tak boleh ini tak boleh lagi haru. Cerewet tak bertempat. Terlalu cerewet sehinggakan prospek/pelanggan nak berurusanpun amat sukar dirasakan. Mesti satu hari nanti kena pulaukan oleh orang lain pula kerana hanya dirasakan terlalu sukar terlalu cerewet apabila hendak berurusan. Bila dah terlalu cerewet sehingga apa nak buat dan lakukan semuanya jadi sukar jadi bagaimana hendak hasilkan yang terbaik. Pasti ada jalan penyelesaiannya.

v.                   Sensitif

Terlalu sensitif. Bukan setakat orang bercinta sahaja. Nak lakukan jualan berhadapan dengan prospek/pelanggan yang mulutnya agar celupar sedikit sudah tentu memberikan satu sensitiviti yang keterlaluan buat kita sendiri. Bila kita terlalu sensitif dengan apa yang telah berlaku dan terjadi mulalah kita hilang mod, kondem yang bukan-bukan pada prospek/pelanggan tersebut mahupun organisasi tempat kita bernaung. Macam-macam akan kita perkatakan. Semuanya nampak salah orang lain tapi dekat kesalahan kita langsung kita tidak mahu sentuhinya pula. Macamlah diri kita ini sempurna sesangat. Cermin diri kita terlebih dahulu sama ada apa tindakan kita yang telah dilakukan adakah betul atau tidak sebelum kita menjadi terlalu sensitif. Berfikir dahulu adalah lebih baik dari kita menurut hati yang panas.

vi.                 Perlekeh

Memang memburukkan. Cukup mudah terlalu perlekehkan orang lain terutaman sekali kita perlekehkan prospek/pelanggan kita. Jangan terlalu perlekehkan orang kalau buat pertama kalinya kita baru bertemu dan berkenalan prospek/pelanggan yang di temui dari gayanya, penampilannya ataupun perbualannya. Kita bukannya manusia yang sempurna. Lihat dari pandangan hati dan bukan sama sekali lihat dari pandangan mata. Bila kita terlalu suka perlekehkan orang di khuatiri nanti kita akan mudah menjadi seorang yang cukup suka bercakap besar, ego, berlagak dan tinggi diri. Nauzubillah.

vii.                Risau

Terlalu risau yang amat sangat. Buat yang ini di kuatiri salah, buat yang itu di kuatiri tak betul, habis tu buat yang macam mana nak bagi betul? Lagi susah. Umpama orang yang hendak sembahyang, cukup sekadar sekali kita bertakbir jangan pula bertakbir dah 10 kali baru nak sah takbir kita itu. Kena ada keyakinan. Kena tahu apa yang kita lakukan. Buang perasaan risau kerana kita bukannya berada ditengah-tengah hutan belantara, hidup sendirian menanggung perasaan yang risau mendatangkan ketakutan. Atasinya dengan baik untuk bina keyakinan diri sebaik yang termampu.



Jagailah diri kita. Jangan mudah merasakan sama sekali segala tindakan kita lakukan semuanya benar sahaja sehinggakan ada orang menegurnyapun masih di katakan tidak betul lagi. Elakkan diri kita terlalu takabbur dan tinggi diri. Takkan kemanapun. Hilang kawan dan saudara mara lagi ada. Bina keyakinan diri dan jangan sama sekali sentiasa membuat andaian yang kita ini sentiasa benar dan betul. Kalau begitu tidaklah Rasulullah SAW menyuruh kita umatnya sering tegur menegur antara satu sama yang lain. Perbetulkan diri kita segera kerana tangga kejayaan yang perlu dicapai perlu diusahakan sebaik yang mungkin.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan