Apabila kita melakukan jualan, bukan kita sahaja yang melihat pelbagai
karenah dan gaya yang di tunjukkan oleh prospek/pelanggan yang kita temui.
Umpama melihat cermin, begitulah dengan prospek/pelanggan akan melihat pelbagai
karenah dan gaya sesiapa sahaja yang ditemuinya dalam melakukan jualan terhadap
dirinya. Satu sikap yang perlu kita jagai dengan lebih berhati-hati apatah lagi
jika kita mempunyai pula satu sikap yang ‘terlalu’ yang amat sangat. Extrem
sungguh diri ini dirasakan. Sehingga apa yang orang lain perkatakan tidak benar
sama sekali.
Apabila kita terlalu mengamalkan sikap yang ‘terlalu’ ini di dalam diri
kita maka ini boleh membawa diri kita kepada
i.
Membolehkan wujud situasi bahaya kepada kita
ii.
Sensitiviti pada diri kita akan menjadi lebih
tinggi dan mudah percaya kepada diri kita sahaja
iii.
Hanya diri kita sahaja yang berkepentingan tidak
pada orang lain walaupun rakan baik kita sendiri
iv.
Perhubungan tidak mudah berlarutan lama dan
terjejas segera
v.
Amat mudah berlaku pertengkaran dan perselisihan
faham
vi.
Perkara yang baikpun akan mudah menjadi buruk
sangka yang keterlaluan.
Semuanya mengakibatkan perkara-perkara yang negatif terjadi dan berlaku.
Perlu awasi dan elakkan. Terlalu ekstrem dengan ‘terlalu’ ini lebih banyak
membawa kepada keburukkan dari kebaikkan. Menjadi orang yang menjual kena jaga
semua sudut hal-hal yang berkaitan dengan peribadi kita sendiri. Jangan mudah
tunjukkan apa yang tidak baik pada diri kita terlalu mudah terdedah kepada
orang lain. Kalau kita mudah sangat tunjukkan dan tonjolkan apa yang tidak baik
pada diri kita sendiri sudah pasti prospek/pelanggan tidak akan yakin untuk
berurusan dengan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan