Cuba kita lihat bagaimana seorang doktor perubatan melayan kita. Tidak
kiralah doktor perubatan klinik swasta ataupun hospital kerajaan etika
tugasannya pasti sama. Seorang doktor pasti akan lebih banyak bertanya dari
lebih banyak bercakap sehingga beliau benar-benar mengetahui apa sebenarnya
sakit yang kita tanggung selama ini. Tanpa segan silu pasti kita akan
menceritakan apa sakit yang sedang kita tanggung dan alami buat masa kini.
Mengharapkan bantuan doktor dapat selesaikan masalah kita dan tahu apa yang
kita alami agar segera sembuh secepat yang boleh.
Menurut Kaiser Permanente seseorang pesakit yang menemui doktor pasti
doktor berkenaan akan melakukan perkara seperti berikut
i.
Dengan segera akan mencipta perhubungan yang mesra
dengan pesakit
ii.
Melakar dan memberi keutamaan apa yang dikehendaki
oleh pesakit
iii.
Meneroka permasalahan dari perspektif pesakit
iv.
Simpati dan melibatkan diri memberikan keputusan
rawatan apa yang di perlukan
Sememangnya inilah rutin seorang doktor apa yang akan dilakukan apabila
bertemu dan berjumpa dengan pesakitnya. Seseorang doktor sebelum memeriksa
pesakitnya pasti akan bertanya dahulu apa sakitnya terlebih dahulu akan apa
yang ditanggungnya terlebih dahulu. Selepas mengetahui apa yang ditanggung oleh
pesakit tersebut barulah doktor akan memeriksanya pula sebelum beberapa solusi
yang dipersetujui bersama oleh pesakit dapat dicapai. Keadaan seperti ini
adalah satu proses pembinaan bagi tujuan
i.
Pembinaan kepercayaan
ii.
Mengenal pasti apa masalahnya
iii.
Cari jalan penyelesaiannya
Begitulah kita dalam melakukan jualan, membina kepercayaan, apa masalah
yang ditanggung oleh prospek/pelanggan dan kemukakan produk yang terbaik bagi
menyelesaikan permasalahannya. Inilah yang kita perlu lakukan dalam melakukan
jualan. Jangan difikirkan tentang apa yang akan kita perolehi pendapatan
terlebih dahulu tetapi fikirlah gaya sebagai seorang doktor bagaimana dengan
kepakaran yang ia ada dapat menyelesaikan permasalahan seperti dahulu.
Begitulah
tindakan apa yang diperlukan. Kita adalah akar dalam produk kita sendiri.
Pergunakan untuk membantu seramai yang boleh berikan perkhidmatan yang terbaik
selesaikan permasalahan mereka. Yakin pada produk, yakin pada diri sendiri dan
yakin kita boleh melakukannya, hasilnya pasti lumayan. Kalau seorang doktor
boleh melakukannya untuk membantu kenapa kaedah doktor seperti ini tidak boleh
kita terapkan dalam tugasan kita melakukan jualan. Teruskan usaha bantu seramai
yang boleh untuk selesaikan permasalahan mereka melalui produk yang kita
tawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan