Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 27 Ogos 2012

Keliru nak lakukan yang mana satu


Kekeliruan mungkin terjadi. Masih tidak dapat menentukan kaedah mana yang terbaik bagi mendapatkan penutupan jualan. Apakah kaedah terbaik yang perlu dilakukan bagi memastikan penutupan jualan berjaya dilaksanakan. Adakah melalui e-mel, talian telefon atau bertemu sahaja? Mesti ada jalannya dan mesti ada jalan penyelesaiannya yang terbaik. Tengok kepada keperluan. Apa yang ingin kita salurkan. Jangan salah pilih kaedahnya ditakuti nanti hasilnya kurang berkesan. Fahami kaedahnya dahulu agar kita tahu yang mana satu perlu kita laksanakan.

E-mel sebenarnya dalam melakukan jualan mempunyai kurang kepentingannya untuk mendapatkan penutupan jualan. E-mel merupakan satu saluran penyampaian maklumat dan informasi yang paling baik untuk di gunakan. Ini adalah kerana melalui e-mel penyaluran maklumat dapat disampaikan terus kepada sasaran prospek yang dikehendaki. Sentiasa kena ambil tahu saluran penghantaran maklumat ini sudah tentunya memaklumkan dan memberitahu tentang segala promosi, tawaran produk terbaru di pasaran, tawaran-tawaran menarik dan apa yang ada di pasaran terkini supaya prospek/pelanggan sentiasa tahu apa yang berlaku pada keadaan sekelilingnya.

Menghubungi melalui talian telefon amat memerlukan keupayaan intonasi yang baik dan mesra bagi memudahkan lagi memikat prospek untuk mendengarnya. Makin jelas, mudah difahami dan ringkas akan membuatkan seseorang yang telah berminat sudah pasti akan menerima cadangan kita bersetuju melakukan temu janji. Anggaplah proses ini sebagai satu pengesahan yang memerlukan maklum balas segera. Apa yang penting tujuan utama menggunakan talian telefon adalah mendapatkan temu janji.

Pertemuan yang di maksudkan adalah bertemu setentang dengan prospek yang ingin kita lakukan jualan. Apabila bertemu bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja. Kena lakukan presentasi yang terbaik. Kena jelas, mudah di fahami dan ringkas. Inilah peluang yang terbaik memberikan penerangan sewajarnya. Benar-benar mustahak kerana prospek berada di hadapan kita. Umpama orang menembak, satu peluru satu mangsa. Inilah detik dan saatnya bagi kita untuk mendapatkan penutupan jualan yang dikehendaki.

Apabila hendak bertemu, jangan main hentam kromo sahaja. Jangan main redah sesuka hati. Ditakuti nanti orang tak sudi pula untuk bertemu dengan kita melainkan ia nya di perkenalkan oleh pelanggan-pelanggan kita. Lakukan secara berhemah. Kalau melalui referral (perujuk) ada mudahnya berbanding dengan pencarian kita dalam stok leads simpanan kita. Pastikan selepas ini kita amat mengetahui bila masanya yang sesuai untuk kita gunakan e-mel, berhubung melalui talian telefon ataupun melakukan pertemuan dengan prospek/pelanggan yang kita sasarkan.

Jangan mudah pening ataupun melatah. Ketahui dulu apa kaedah yang terbaik. Matlamat utama melakukan jualan adalah mendapatkan penutupannya. Itulah hasil akhir yang perlu kita dapati. Semakin banyak kita lakukan akan lebih mematangkan tindakan kita. Biar pengalaman yang kita tempuh sendiri menjadi guru terbaik kepada karier jualan yang kita lakukan ini. Berfikir sejenak adalah lebih baik daripada melakukan sesuatu tindakan sesuka hati sesedap rasa sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan