Satu pembuktian yang kita telah benar-benar melakukannya. Pasti kita
perkatakan ‘ Saya tahu apa yang sedang
saya lakukan’. Impak yang cukup besar penanda satu kenyataan yang
memberikan yang kita benar-benar melakukan tugasan dan amanah yang diberikan.
Jangan ada orang sama sekali boleh menyangkalkan kenyataan tersebut kerana
prestasi akhir membuktikan kita boleh melakukannya. Bukan satu gurauan tapi
adalah kepastian dari dalam diri kita
sendiri.
Kadang-kadang ada baiknya. Tapi kalau diri kita sendiri tidak menjaganya
kelak sudah pasti akan menimbulkan sesuatu yang tidak baik pula kepada kita.
Tanpa kita sedari apa juga perlakuan kita tanpa adanya sesiapa juga yang
menegurnya dikhuatiri nanti, kita akan tenggelam dan berada dalam dunia kita
seorang sahaja. Apabila kita berfikiran begini bermakna kita
i.
Ego
Atasi
segala-galanya. Kerana kita merasakan kita sahaja yang betul dan benar, kita akan
berasa terlalu ekstrem dengan keegoaan, bongkak dan takabbur yang amat sangat.
Kita lupa yang kita ini manusia sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Perlu
ingat sentiasa siapa diri kita sebenarnya.
ii.
Kita lupa yang kita ada
ketua
Adat orang
makan gaji, sudah pasti ada ketuanya yang memerlukan kita mengikut arahan
setiap masa. Kalau kita berasa keberatan untuk mengikuti segala arahannya,
eloklah kita bekerja secara sendiri sahaja. Asalkan arahannya tidak bercanggah
dengan ugama dan peraturan organisasi demi kebaikan tempat kita bekerja dan
karier kita kadang-kala kita perlu juga mengikut apa yang disuruhnya walaupun
kadang-kadang amat memeritkan dan melukakan hati kita.
iii.
Terlalu pentingkan diri
sendiri
Fikirkan
orang lain sama. Kita kerja berpasukan. Tiada seorangpun yang bekerja secara
bersendirian. Susah senang, mudah sukar semuanya perlu dihadapi secara bersama
dengan hati yang terbuka. Hilangkan perasaan tinggi diri demi mengejar matlamat
hidup kita. Selagi kita tidak bersatu selagi itu semangat berpasukan sudah
pasti sukar di pupuk.
iv.
Terdedah kepada andaian
Mudah melakukan
andaian akan membentuk diri kita sentiasa betul dan benar sahaja walaupun apa
yang kita lakukan kadang-kadang menyalahi dan tersasar dari sepatutnya.
Sentiasa andaikan apa sahaja tindakan kita itu benar dan betul tanpa ada orang
yang boleh menegurnya sudah pasti mengakibatkan kita akan mudah lupa diri dan
terdedah lebih banyak kepada kesalahan dan kesilapan. Berfikir semula fikirkan
sedalam-dalamnya sebelum kita melakukan sesuatu keputusan dengan betul dan
bernas.
Jangan mudah lakukan keputusan walaupun kadang-kala kita merasakan apa
tindakan yang kita lakukan ini adalah betul dan benar. Kena fikirkan dahulu
baik buruknya dan jangan sama sekali buat keputusan membabi buta dikhuatiri nanti
kita yang akan menanggung akibatnya kemudian hari. Ambil langkah berwaspada dan
berhati-hati sentiasa kerana itu lebih baik dari kita lakukan ikut sesuka hati
kita. Biarlah berhemah dan merendah diri diri dari kita bercakap besar dan
meninggi diri. Biar prospek/pelanggan menilai diri kita disudut yang terbaik
dan bukan sebaliknya. Kita lakukan yang betul dan yang terbaik sudah pasti
hasilnya akhirnya akan memberikan keputusan yang terbaik buat diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan