Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 15 Ogos 2012

JANGAN INGAT KITA TIDAK DI PERHATIKAN


Bertemu dengan prospek/pelanggan sudah pasti akan kita lakukan penilaian terhadap mereka. Bagaimana keadaan dan situasi mereka, sama ada mereka sanggup atau tidak untuk menerima kehadiran kita atau tidak. Dalam melakukan jualan kerana itu kita dituntut untuk bersangka baik terlebih dahulu dan jangan sama sekali melakukan andaian demi andaian yang bukan-bukan. Yakin setiap apa yang kita lakukan sudah pasti memberikan satu pulangan yang baik terhadap diri kita.

Kerana kita merasakan yang kita ini sahaja terlalu memerhati dan melakukan penilaian terhadap mereka, jangan sama sekali dilupakan bahawa mereka juaga sama seperti kita. Prospek/pelanggan yang ditemui sudah pasti akan melakukan penilaian dan pemerhatian yang sewajarnya terhadap kita. Jangan mudah memainkan peranan yang kita sahaja yang terlalu sibuk perhatikan gelagat mereka tetapi sebenarnya kedua-dua belah pihak juga memerhatikan perkara yang sama.

Adalah disarankan agar apabila bertemu dengan prospek/pelanggan yang ditemui perkara-perkara berikut perlu di ambil berat oleh kita ketika atau sedang melakukan jualan terhadap mereka iaitu

Bagaimana dengan penampilan diri kita
    


     
Berhemah dan berbudi bahasakah kita dihadapan mereka  
   Bagaimana reaksi kita terhadap mereka
             
 


  Apa yang kita perkatakan

             

Bagaimana persembahan di lakukan
           
Adakah kita tenang memberikan presentasi dan berkomunikasi dengan mereka
              

Memadaikah gelagat kita melayani karenah mereka

              
  Adakah kita terlalu emosional apabila berhadapan dengan mereka

             
Semak dan periksa sentiasa. Jangan abaikan. Semuanya ini kalau berjalan lancar akan memberikan keyakinan mereka terhadap diri kita. Pertuturan yang baik dengan tingkah laku yang bersopan pasti menambah kesanggupan seseorang menerima kehadiran kita apabila berhadapan.  

Tindakan terbaik untuk atasi segala permasalahan diatas adalah melalui latihan dan peningkatan diri sendiri menerusi latihan dan pengalaman. Pertingkatakan ia agar kekesempurnaan pada diri kita dapat diperbaiki dengan lebih baik dan mendalam lagi. Jangan dibiarkan segala kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan mengatasi keupayaan sebenar diri kita. Kawallah dan perbetulkan lagi dimana kelemahan diri kita sebenarnya. Tidak rugi kalau kita kearah yang lebih sempurna, yang ruginya jika sampai bila-bilapun kita masih ditakuk yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan