Melakukan jualan perlu dilakukan pembersihan dalaman minda dahulu. Melalui
pemikiran kita ini yang akan menyebabkan kita akan atau tidak untuk melakukan
jualan seperti mana yang di kehendaki. Biarlah apa pun yang berlaku dan terjadi
kesemuanya memerlukan komitmen yang tinggi dari kita. Kena tentukan yang tiada
penghalang dan di halangi dapat mempengaruhi kita dalam melakukannya. Apa-apa
juga kepercayaan yang timbul dalam fikiran kita sama ada ia nya benar-benar
mempengaruhi kita atau tidak mampu dan boleh melakukan jualan perlu di ambil
tindakan sewajarnya supaya setiap kali perkara ini berlaku atau terjadi ia nya
benar-benar tidak dapat langsung mempengaruhi diri kita sama ada sebelum,
semasa atau sesudah kita melakukan jualan.
Mungkin perkara-perkara berikut boleh menjadi penghalang diri kita sendiri
dalam melakukan jualan iaitu
i.
Gentar terhadap kebiasaannya tidak
dilakukan
Melakukan
kebiasaan yang mungkin baru hendak menjadi tabiat seperti makan ubat vitamin
setiap pagi hari, memakan buah kismis sebelum sarapan pagi, berasapkan kemenyan
pada borang-borang permohonan atau sebagainya kerana perkara-perkara sebegini
boleh membantu atas kejayaan kita melakukan jualan. Mungkin mana yang boleh
membawa kebaikan tidak ada salahnya, tapi bagaimana ada perkara-perkara yang tahyul
kita lakukan sama sekali yang boleh mengakibatkan kepercayaan akidah kita
terjejas? Kalau setakat ‘ter’ tidak apa lagi kerana selagi kita tidak melakukan
persiapan yang sewajarnya dalam jualan sudah pasti apa yang kita lakukan
semuanya menjadi serba tak kena. Jangan biarkan kepercayaan sebegini menjadi
gangguan dan menjadi penghalang kepada pemikiran kita.
ii.
Pemakaian yang sepatutnya
Ada yang
percaya memakai pakaian berwarna merah membawa tuah. Ada yang percaya memakai
stokin hitam dengan kasut putih pula membawa kepada kejayaan. Ada juga yang
mengatakan memakai pakaian yang ada bling-bling lebih mudah mempengaruhi
pelanggan. Bagi saya itu semua kepercayaan individu. Pakai apa sekalipun
asalkan penampilan nampak begitu menarik dan tertarik hati orang yang berada di
hadapan kita untuk berinteraksi itu sudah cukup memadai.
iii.
Tertinggal tangkal atau azimat
Bagi
pengemar-pengemar yang suka memakai tangkal atau azimat saya no komen. Tapi
kalau andai kata terlupa atau tertinggal di rumah langsung tiada bersemangat
untuk melakukan jualan, ini yang dirisaukan. Kerana dah terlalu percaya dan
yakin dengan keupayaan tangkal atau azimat tersebut dari kebolehan diri sendiri
dan bantuan dari Allah SWT apa lagi yang boleh kita perkatakan lagi. Tepuk dada
tanyalah iman sendiri bagaimana?
iv.
Jantina
Ada di
kalangan kakitangan jualan, kalau nak jumpa prospek atau pelanggan mesti dengan
jantina yang sama. Kalau berlainan jantina sudah pasti panik, tergagap-gagap
dan cukup sukar untuk melakukan jualan. Jangan sama sekali dibiarkan perkara
ini berlaku. Kena berani hadapi siapa juga yang kita temui asalkan ia nya
memberikan peluang yang terbaik untuk kita harus kita biasakan diri kita untuk
menghadapinya.
v.
Umur dan jawatan
Umur
kadang-kadang juga memainkan peranan penting terutama kalau bertemu dengan
prospek/pelanggan yang berjawatan tinggi. Hasil nak tapi kerana penyegan kerap
sangat meminta bantuan dari orang lain. Langsung tidak difikirkan adakah orang
yang kita minta bantuan tersebut memang mempunyai masa untuk kita atau sebaliknya.
Kena fikirkan keutamaan rakan sekerja kita juga dari memikirkan asyik diri kita
sahaja. Selagi kita tidak ada keyakinan selagi itulah kita akan dibelenggu
dengan perasaan risau, gerun, susah hati dan takut. Kena atasi segera.
vi.
Tuah
Jangan
terlalu bergantung dengan tuah kerana tuah itu berada pada Hang Tuah sahaja.
Selagi kita rajin untuk berusaha dan tahu mencari peluang yang ada sudah pasti
kejayaan akan menjelma juga akhirnya. Tiada ketakutan tiada kerisauan yang
perlu kita hadapi melainkan ketabahan diri dengan segala persiapan yang
sepatutnya dapat kita lakukan juga.
vii.
Solat dhuha
Antara perkara
yang baik untuk kita amalkan setiap hari di sebelah pagi memohon pada Allah
agar rezeki sentiasa mencurah dan mudah datang kepada kita. Hinggakan ada ulamak
yang mengatakan Solat Dhuha ini sama pentingnya dengan solat Fardhu yang lima
itu. Kadang-kadang kerana terlalu menjaga solat ini sanggup kita ketepikan
untuk bertemu dahulu dengan pelanggan walhal waktu untuk mengerjakan solat ini
terlalu panjang tempohnya dari masa matahari sudah naik sehinggalah sebelum
berkumandang solat zohor di azankan. Jangan kerana perkara yang sunat habis
perkara yang wajib iaitu bertemu dengan dengan prospek/pelanggan kita abaikan
pula.
Inilah mungkin ada beberapa perkara yang perlu kita jauhi dan jangan
terlalu di amalkan apatah lagi untuk difikirkan. Buat seperti kebiasaan dalam
mengejar penutupan jualan seperti yang di kehendaki. Selagi kita yakin untuk
melakukannya, tahu apa yang perlu kita lakukan dan faham apa tindakan sebenar
kita dalam melakukan jualan itu sudah memadai untuk di ambil tindakan
sewajarnya. Tiada benda-benda tuah,’ong’,’suwey’ dan sebagainya kalau kita
berusaha secara bersungguh-sungguh dan konsisten sudah pasti kejayaan yang kita
idamkan sememangnya kan menjadi milik mutlak kita juga akhirnya. Yakin pada
Allah, yakin dengan apa yang kita lakukan dan yakin yang kita sememangnya boleh
melakukkannya sudah pasti tiada masalah kerunsingan dan kerisauan yang akan
kita dapati selepas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan