Sempena kedatangan
bulan Syawal ini, jemputan menghadiri Rumah Terbuka semacam sudah menjadi satu
kemestian kepada kita semua baik oleh pihak persendirian, orang yang berniaga,
Jabatan-jabatan kerajaan mahupun pihak korporat masing-masing berlumba-lumba
untuk menganjurkan satu program makan-makan besar sempena kedatangan dan
kehadiran Aidil Fitri. Maklumlah puasa sebulan Hari Raya pun kena sebulan
juga. Masing-masing begitu sibuk bukan
sahaja mempamerkan juadah yang di tawarkan tetapi juga suasana hiasan
sekeliling dan etika berpakaian masih menonjolkan kehadiran Aidil Fitri.
Adanya program Rumah
terbuka ini amat baik dan positif sekali kita pergunakan bagi melakukan jualan
dan war-war kan tentang segala produk yang ada dan memastikan ianya dapat di
manfaatkan sebaik mungkin DENGAN cara
i.
Jalinan Silaturahim
Sebagai
satu medan yang perlu kita lakukan menjalinkan hubungan jalinan persahabatan,
persaudaraan dan ukhuwah sesama kita. Apabila adanya jalinan seperti ini dapat
di manfaatkan bagi memudahkan lagi segala urusan jualan kita sendiri kepada
mereka hanya semata-mata kita rapat dan mula memberikan keyakinan kepercayaan
kepada diri kita sendiri. Orang kalau dah mula yakin dengan seseorang, minta
tolong apa pun juga akan menjadi mudah dan senang.
ii.
Amal jariah
Antara
perkara yang di tuntut dalam Islam adalah bersedekah dan melakukan amal jariah
kepada orang lain sama ada orang tersebut kita suka atau tidak. Satu kebaikan
yang kita lakukan kepada orang lain bermakna sepuluh ganjaran yang akan Allah
balas semula kepada kita. Dengan melakukan amal jariah dengan syarat bukan
untuk tunjuk menunjuk dan membanggakan
diri kepada orang lain, kita anjurkan satu rumah terbuka dengan memberikan
menjamu selera kepada orang ramai dan pelanggan kita, semakin menambahkan
keyakinan dan kepercayaan mereka kepada kita.
iii.
Promosi mudah
Pergunakan
segala kemudahan yang ada sama ada kita menganjurkan rumah terbuka atau kita
sendiri menghadiri jamuan rumah terbuka. Lakukan hebahan mulut dan buka mulut kita
sentiasa memaklumkan apa produk-produk kita dan kelebihan produk kita yang di
rasakan dapat memikat dan menambat hati si pendengar. Elakkan duduk dan makan
bersama rakan sekerja kita sendiri tetapi galakkan diri kita untuk bercampur
dengan orang yang tidak kita kenali lagi ataupun pelanggan rapat kita. Lagi
banyak kita lakukan promosi lagi mudah tugasan kita untuk menuai hasilnya.
iv.
Ambil kesempatan
Jangan
lepaskan peluang. Ayat mudah untuk diingati. Lakukan jualan secara berhemah,
tak kiralah kalau kita berkunjung atau di kunjungi di tempat kita. Sambil
menjamu selera, tanyakan keperluan dan kehendak mereka bagi memudahkan kita
menceritakan kesesuaian produk kita kepada mereka yang kita tanyakan terlebih
dahulu. Tunjukkan jalan penyelesaian kepada mereka dan bantu mereka
menyelesaikan masalah mereka tanpa mereka merasakan kesukaran dan kepayahan
apabila mereka menerima nanti tawaran dari kita. Ambil berat setiap apa yang
mereka perkatakan setelah kita yang memulakan dahulu BUKA MULUT kita kepada
mereka. Yang penting kita bukan meminta-minta dan memohon simpati tetapi kita
sebenarnya membantu mereka untuk merealisasikan apa yang mereka cari selama ini
yang masih mereka belum temui lagi setakat ini. Lagi senang untuk menceritakan
di masa ini tanpa formaliti di waktu pejabat atau premis pelanggan.
Ingatlah,
hanya ada satu perkara sahaja di dalam
dunia ini kehidupan kita yang boleh dan dapat di capai serta di peroleh TANPA
perlu berusaha iaitu kegagalan. Jangan sampai kegagalan menjadi sifu dalam
kehidupan kita. Berusaha untuk memajukan diri dan pandai mengambil oportuniti
yang ada sahaja dapat menjamin kejayaan karier kita. Jualan bukan semestinya di
tetapkan pada satu-satu lokasi sahaja tetapi jualan sebenarnya di mana juga kita berada di mana juga kita
nyatakan kepada orang di situlah jualan akan bermula. Tidak kira tempat, tidak kira masa, tidak kira siapa dan tidak kira
tenaga kita bebas untuk bercakap terus bercakap tentang produk dan jualan kita
sendiri tanpa perlu ada permit dan kebenaran dari sesiapapun juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan