Gembira rasanya apabila kita menghubungi prospek yang kita sasarkan telah
berjaya mendapatkan persetujuan temu janji bersama kita pada waktu dan tarikh
yang telah ditetapkan. Setelah melakukan saringan demi saringan dari leads yang
kita peroleh pelbagai sumber akhirnya mendatangkan hasil seperti mana yang kita
kehendaki. Ini lah peluang terbaik bagi kita mendapatkan penutupan jualan
terbuka dengan luas. Teruskan usaha agar perolehan mendapatkan temu janji
berjalan dengan baik sama sekali.
Hanya satu yang perlu di ingati semula. Apabila prospek yang dicari telah
diperoleh, bagaimana dengan penggantiannya? Jangan difikirkan sahaja nak
dapatkan temu janji dan penutupan jualan sahaja tetapi seorang prospek yang
berjaya kita hubungi perlu diganti semula dengan segera. Jangan ditangguhkan
sama sekali. Setiap yang digunakan dan diperoleh kena disemaikan dalam fikiran
kita semula agar penggantian dapat dilakukan dengan cepat sama sekali. Jangan
tangguh dan jangan diabaikan. Kalau tidak dilakukan dengan segera sudah pasti
dan sudah tentu kita akan kekurangan stok pula di masa hadapan. Elakkan sama
sekali kerana sekali kita terputus stok sudah pasti akan mengganggu perolehan
dan pendapatan kita pula nanti.
Dalam mengelakkan perkara seperti ini berlaku, tindakan dari kita amat
diperlukan iaitu
i.
Tetapkan dalam minda
Seorang
prospek yang telah digunakan set kan dalam minda ia nya perlu digantikan
semula. Jangan biarkan keseronokan mendapatkannya tidak diganti dengan segera.
Jangan bila dah habis baru nak cari gantinya. Bila dah menggelabah sudah pasti
lagi panik kita nak dapat penggantinya pula. Elakkan segera. Minda kita kena
selalu memikirkan di mana mudah dan senang untuk dapat penggantinya dengan
cepat dan segera.
ii.
Ketahui sumber-sumber leads
Sumber-sumber
dan kaedah mendapatkan leads yang berkesan mendapatkan temu janji dan
seterusnya penutupan jualan perlu dikenal pasti dan diketahui dengan lebih baik
dan berkesan. Jangan buat-buat tak tahu tapi kena betul-betul ketahui. Bukan nak
menyusahkan diri tapi memudahkan lagi tindakan sebenarnya di mana untuk peroleh
lagi di masa hadapan. Umpama kita mengorek tanah di bumi, berapa dalam dikorek
sekalipun tanah tersebut sudah pasti tidak akan sampai juga ke hujung dunia.
Koreklah dia sebaik mungkin kerana kita sudah ketahui sumber-sumber tersebut
boleh kita pergunakan lagi dan lagi di masa hadapan.
iii.
Fahami peratusan kejayaan kita
Dalam 10
panggilan telefon berapa banyak kejayaan kita mendapatkan temu janji? Kira
secara puratanya dalam masa seminggu kita menghubungi prospek-prospek tersebut.
Andai kata telah kita ketahui misalannya dalam sehari kejayaan kita mendapatkan
temu janji dalam 40 %, ini bermakna 4 orang prospek terpaksa kita gantikan
dengan segera nama-nama tersebut agar aktiviti kita melakukan panggilan
terhadap mereka sentiasa berterusan dan kekal ada setiap hari. Ganti semula
dengan segera, bukan hanya seronok dapatkan temu janji sahaja.
iv.
Jualan adalah permainan nombor
Jangan main
logik di akal sahaja. Jangan mudah bermain andaian juga. Kena ingat jualan
adalah satu permainan angka. Tanpa adanya angka pasti tidak wujud sasaran yang
diberikan dan habuan perolehan pendapatan seperti mana yang kita kehendaki akan
dapat kita tentukan. Tak perlu pelajari matematik tambahan atau yang pelik-pelik
formulanya. Cukup sekadar mengetahui matematik asas memudahkan pengiraan
matlamat kita memenuhi sasaran yang diberikan dan berapa banyak perolehan
pendapatan boleh kita peroleh pada satu-satu bulan yang kita mahukan.
v.
Sentiasa agresif
Janganlah SLOW
sangat. Lembap tak tentu hala. Kerja dan tugasan ikut MOOD memanjang. Kena
agresif tahu cari lubuk nak ganti dengan cepat dan segera supaya bekalan stok
tidak pernah kering memanjang. Agresif bermakna bukan agresif tunggu orang bagi
tapi kena betul-betul agresif cari sumber-sumber yang dikira berkualiti tinggi
yang pasti boleh kita peroleh hasilnya di kemudian hari.
Kalau tidak mahu rasa mudah kecewa dan mudah putus kena cepat carikan
penggantinya dalam bekalan stok leads dan prospek kita. Jangan dibiarkan hanyut
begitu sahaja. Sedangkan dalam permainan bola sepak pun ada pemain simpanan
yang perlu dikeluarkan juga bila diperlukan. Jadi tolong jangan tangguhkan
tindakan kita asyik sentiasa nanti dan nanti sahaja. Bertindak segera dan
pantas menghidu peluang walau di mana pun ia berada. Barulah sampai bila-bila
pun stok yang ada pada kita pasti tidak akan kering buat selama-lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan