Berbeza keadaannya apabila kita berada di kawasan bandar. Rumah-rumah
sekeliling di penuhi dengan pagar-pagar yang didirikan. Ia nya semata-mata bagi
melindungi dan memastikan tahap keselamatan boleh di jaga dan membendung dari
kesenangan pencerobohan memasuki rumah dari orang yang tidak di kenali mudah
terjadi. Berbeza dengan rumah-rumah di kawasan kampung, majoritinya sudah pasti
tidak berpagar dan dibiarkan begitu sahaja tanpa adanya unsur-unsur keselamatan
yang tinggi.
Kenapa perlu berpagar pada kawasan perumahan kita? Kalau di kampung boleh
tanpa berpagar kenapa di tempat kita dimestikan pula? Semuanya adalah berkaitan
dengan keselamatan penghuni dan sebagai satu bukti persempadanan tempat tinggal
yang perlu untuk kita ketahui. Banyak sebabnya kenapa perlu didirikan pagar.
Begitulah dalam jualan, sudah kah kita memagarkan kawasan jualan kita dari di
ceroboh dengan mudah oleh rakan sekerja atau dari para pesaing kita.
Bukan
setakat rumah sahaja yang perlu di pagar tetapi juga pelanggan-pelanggan yang
sedia sama ada setia kepada kita atau pernah berurusan dengan kita perlu kita
jaga dan beri tumpuan sewajarnya. Kerana dari merekalah kita mudah mendapat
jualan dan kerana dari merekalah kita mudah mendapat referral. Kena awasi dan
kena jaga agar tidak mudah hilang begitu sahaja.
Kerana itu kita di saran mendirikan
pagar yang sepatutnya agar pelanggan-pelanggan kita tidak sama sekali beralih
arah dan mudah berpaling tadah kepada orang lain pula. Antara tindakan yang
diperlukan kita untuk melakukannya adalah
i.
Perancangan
Apa pun
juga yang kita lakukan kena ada perancangannya. Jangan main sesedap hati sahaja
main bedal tak tentu hala. Rancang agar perhubungan yang telah dibina tidak
hilang begitu sahaja. Dahlah nak dapatkan sukar sesukarnya bila dah dapat
terpaksa main lepas begitu sahaja. Kena fikir jalannya agar hubungan yang
terjalin tiada gangguan terutamanya dari anasir luar. Kepercayaan memainkan
faktor penting sebagai satu pagar kukuh seperti tembok yang agak sukar untuk
orang lain tembusi dan lepasi.
ii.
Perhubungan
Jangan sama
sekali menipu dan kelentong orang. Sekali kita didapati menipu sampai kiamat
orang tak akan percaya kepada kita lagi. Elakkan sama sekali. Sentiasa jujur
dan amanah dalam melakukan tugasan. Walaupun pahit kadang-kadang manisnya tetap
muncul juga suatu hari nanti. Bersabar sentiasa dan berbuat baik membantu orang
seramai yang termampu. Bina perhubungan melalui kerja keras kita membantu
orang, tolong orang selesaikan masalah melalui tawaran produk kita. Biar mereka
yang buat penilaian ke atas kita dan bukannya kita yang lakukan penilaian.
iii.
Perwatakan
Buat
setakat nak kena jaga penampilan diri. Perwatakan yang baik amat dituntut sama
sekali. Perwatakan melambangkan budi bahasa. Budi bahasa yang tinggi orang akan
lebih cepat percaya dan mudah berinteraksi apabila bersua dengan kita.
Perwatakan yang menjengkelkan orang pasti tiada teman untuk dirapati. Kenal
pasti segera apa yang lebih apa yang kurang dalam diri kita untuk kita
perbetulkan semula mana-mana yang kurang. Demi kebaikan tiada mengapa asalkan
orang mudah percaya dan mudah pula melakukan jualan berdasarkan kepada
perwatakan kita walaupun presentasi belum lagi diberikan. Alangkah hebatnya.
iv.
Prihatin
Kena ambil berat
dan tahu. Jangan pula buat-buat tak tahu saja. Apa yang berlaku di sekeliling
kita kena perhatikan dan dengari. Sensitiviti kena lebih agar apa yang berlaku
sekurang-kurangnya kita sudah mengetahuinya. Tapi jangan pula digunakan untuk
bergosip atau mengumpat orang sudahlah. Perkara yang menyentuh hati dan
perasaan orang hendaklah disimpan baik-baik dan jangan sama sekali dihebohkan
sama sekali. Mana-mana yang baik berikan ucapan penghargaan kepada mereka.
Sekurang-kurangnya mereka telah ketahui yang kita sememangnya seorang yang akan
mengambil berat tentang mereka dan ingin menjaga setiap perhubungan yang terjalin
dengan baik dan saksamanya.
Oleh yang
demikian, eratkanlah silaturahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di
atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah
yang ada atau mungkin terdapat dengan perasaan rasional dan eratkanlah semula
perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah
lagi kerana mereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertanggungkan
keampunannya, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Abu Hurairah RA bermaksud “Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin
dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa
pun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan
saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mahu berdamai.
Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mahu berdamai. Tangguhkanlah keduanya
sampai mereka mahu berdamai” (Hadis riwayat Muslim)
Jangan bila dah mula hilang pelanggan kita baru merasa nak menyesal tak
sudah-sudah. Salah kita sendiri kerana tak menjaganya dari awal. Kena bersedia
selalu agar pelanggan merasakan diri kita sentiasa dekat dan rapat dengan diri
mereka. Walaupun dengan hanya bertanya khabar dan mengucapkan sesuatu peristiwa
melalui SMS atau e-mel tapi bagi pelanggan ia nya sebagai satu tanda ingatan
dari kita kepada nya. Lambat laun, bila mereka yang telah pun menjadi pelanggan
setia apabila memerlukan produk sama ada untuk diri sendiri ataupun kenalannya
sudah pasti diri kita juga yang di carinya nanti di kemudian hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan