Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 14 September 2012

ALASAN SATU TABIAT YANG BAIK?



Tidak kira waktu. Tidak kira masa. Bila berlaku sahaja perkara yang di luar kemampuan atau sengaja nak lari daripada masalah yang timbul maka pelbagai alasan dan sebab-sebab yang dirasakan logik akal pasti akan diberikan. Adakah dengan mengemukakan alasan yang diberikan ini dirasakan cukup memadai dan berbaloi sekali hanya semata-mata untuk memuaskan diri kita sendiri atau syok sendiri namanya. Pasti akan ada implikasi yang tidak baik akan berlaku jika perkara seperti begini berlaku di masa hadapan tanpa kita ketahui.

Mungkin  alasan-alasan seperti berikut paling biasa kita dengari atau gunakan iaitu

i.                    Tidak  sihat

Betul-betul sakit tidak mengapa. Kalau kelentong macam mana? Allah dah berikan kesihatan yang terbaik di katakan sakit, memang bahaya sama sekali. Dahlah tak sakit di katakan sakit lepas itu menipu pula, dua kali menipu sekali pada orang lain dan sekali lagi pada diri kita sendiri. Memang aniaya kalau macam ini. Aniaya pada diri sendiri kerana kita mendoakan untuk tipu diri sendiri.

ii.                  Tidak cukup pandai

Ini bukan zaman sekolah yang menentukan kita pandai belajar ataupun tidak. Yang penting kena tahu bagaimana yang dapatkan komisen dan pendapatan tambahan yang diperlukan. Kalau asyik bagi alasan tak pandai-pandai nanti sampai bila nak dapat komisen kalau macam ini. Kita yang negatif kan diri kita. Kena bagi positif dan set kan dalam minda yang kita pasti dan boleh untuk melakukannya. Kalau orang lain boleh melakukannya kenapa kita tidak?

iii.                Saya terlalu muda / tua

Bagi alasan terlalu muda atau terlalu sangat tuanya. Melakukan jualan faktor umur bukan faktor utamanya. Yang penting kesungguhan untuk melakukannya. Banyak contoh umur bukan penyebab sebenar tak pandai-pandai lagi buat jualan. Lihat tuan punya KFC dah berumur 60 tahun baru boleh menikmati kejayaan dan kekayaan yang di mahukan. Di Malaysia  kenal Irfan Khairi umur baru 25 tahun dah menjadi jutawan. Mereka berdua menjadi jutawan hanya kerana melakukan jualan. Pastikan kita minat dan hendak buat lakukan jualan dan bukan sama sekali hendak buat reka andaian semata-mata sahaja.

iv.                 Dah nasib malang

Kalau tidak berjaya merasakan nasib malang itu bahaya namanya. Apa tidaknya tanpa usaha yang betul, cara dan kaedah yang sepatutnya seolah-olah kita menyalahkan pula situasi atau keadaan sekeliling kita pula. Salah itu, salahkan ini semuanya jadi serba tak kena. Bawa bertenang dah jangan pula nak cuba-cuba pangkal tangkal pula dikhuatiri nanti kita bersyirik pula dengan Allah. Kaji semula di mana kelemahan dan kesilapan kita dalam melakukan jualan. Itu yang sepatutnya. Lain yang nak di kejar lain pula yang jadi, bagaimana nak dapat apa yang di kehendaki.

v.                   Orang dah tak suka

Skil dalam perhubungan sesama manusia perlu di pelajari dan dibaiki dari masa ke semasa. Ia nya bukan macam kita berhubung dengan raka-rakan atau jiran tetangga kita. Apa yang pasti sikap berhemah dan merendah diri amat dituntut. Beri perhatian yang sewajarnya dan tahu apa yang mereka mahukan untuk kita berikan kepada mereka mengikut kesesuaian produk yang ditawarkan. Kalau ikut orang tak suka sememangnya tiada siapa pun akan suka dirinya dijual begitu sahaja. Lihat pada diri kita, adakah kita juga suka dijual orang? Dah tahu tak suka kenalah belajar cari apa yang disukainya pula. Dari situ barulah boleh kita mendapat reaksi dan respons dari prospek/pelanggan sewajarnya.

vi.                 Memang saya penakut

Dah masuk kerja baru tahu diri kita ini penakut dan pemalu. Habis tu masa hantar RESUME dan temu duga kerja boleh pun jadi orang yang berani. Jangan perbodohkan diri kita sendiri. Kena tanamkan minat untuk suka dan boleh melakukan jualan. Bila dah terdesak terhadap kehidupan dunia, apa yang sukar sudah pasti boleh kita hadapi dengan tenang dan tabah. Takut adalah berkaitan dengan keyakinan. Yakinkan diri untuk melakukannya. Bila dah rasa yakin sudah pasti rasa takut tersebut akan  kita atasinya dengan sebaik yang mungkin.



Belajar perbaiki diri kita perbetulkan semula apa yang silap dan salah semasa melakukan jualan. Guru terbaik adalah dari pengalaman kita sendiri yang menempuhnya. Dah buat baru tahu susah senangnya. Bila dah tahu baru kita akan bertindak melalui proses yang telah kita tempoh selama ini sama ada kita boleh melakukannya ataupun tidak. Kerana itu pengalaman adalah penting dan yang pastinya pengalaman tersebut tiada terdapat pada mana-mana buku atau artikel tentang melakukan jualan. Jadi simpankanlah ia dengan sebaik mungkin agar sentiasa diketahui sebagai satu senjata sulit kita dalam melakukan jualan. Bebaskan diri kita dari melakukan andaian dan alasan yang pasti tidak membawa apa-apa faedah pun pada diri kita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan