Salah satu tindakan yang harus dibimbangkan ketika melakukan jualan adalah
masalah dalam komunikasi. Sering orang yang melakukan jualan menggunakan masa
yang ada padanya hanya melalui satu hala sahaja. Beri penerangan, beri sebabnya
dan beri kelebihannya kenapa produk yang di jual perlu diterima oleh
prospek/pelanggan yang berada dihadapannya. Tiada langsung harapan untuk
komunikasi dua hala berlaku dan terjadi. Amat mementingkan apa yang dilakukan
diterima bulat-bulat oleh prospek/pelanggan yang berada di hadapannya.
Elakkan ia berlarutan sebegini. Kerana itu kita di saran banyakkan
mendengar dari bercakap. Beri peluang sepenuhnya kepada mereka menceritakan dan
meluahkan. Sebab sebenarnya apa masalah
yang di tanggungnya dan apa yang diperlukannya supaya kita lebih mudah dan
fokus produk apa yang terbaik untuk kita berikan kepada mereka. Sebelum mereka
bercakap, kita yang perlu memulakannya terlebih dahulu. Kita yang
berkehendakkan kepada mereka, jadi kena kitalah yang memulakan komunikasi.
Lakukan dengan sebaik mungkin agar tiada nanti semasa pertemuan tersebut
kegagalan komunikasi terjadi dan hilang begitu sahaja.
Apa yang perlu kita lakukan bagi memastikan tiada kegagalan berlaku dan
terjadi adalah dengan cara
i.
Bertenang sentiasa
Jangan
kelam kabut. Jangan menggelabah. Jangan ada risau yang amat sangat walaupun
kerisauan tersebut sememangnya ada. Perlu ada ketenangan. Bila dah tenang kita
semakin yakin untuk berkomunikasi. Yakin tapi tiada ketenangan akan menyebabkan
apa yang ingin kita sampaikan agak sukar dan memayahkan. Tenang juga akan
memberikan kita lebih inspirasi terhadap diri kita dalam mengeluarkan idea dan
pendapat di hadapan prospek nanti.
ii.
Lakarkan gambaran apa yang
ingin disampaikan
Umpama
seorang pelukis memberikan gambarannya melalui lukisannya begitulah kita yang
melakukan jualan. Beri gambaran terlebih dahulu apa yang ada pada produk kita
dan apa tujuan sebenarnya kita hadir di hadapan mereka. Kefahaman awal amat
diperlukan agar prospek yang ditemui tahu dan faham apa yang ingin kita
sampaikan.
iii.
Gunakan perkataan-perkataan
yang boleh menarik minat
Berhemah
dan bersopan santun. Inilah adab Islam dan Melayu yang perlu kita kekalkan.
Gunakan perkataan-perkataan yang mudah menyentuh hati dan perasaan seseorang
seperti minta tolong, mohon kemaafan, maaf mengganggu dan sebagainya yang
mungkin dirasakan mereka yang bertemu dengan kita cukup senang dan ceria dengan kehadiran diri kita. Selagi
kita berlemah lembut dan bersopan santun selagi itulah prospek/pelanggan akan
sentiasa berlembut juga dengan kita.
iv.
Pastikan ianya jelas,
ringkas dan padat
Tak guna cakap
yang panjang-panjang dan berjela-jela. Nanti boring pula mereka untuk
mendengarnya apa tah lagi untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Nyatakan secara
bersahaja dengan jelas, ringkas dan padat agar mereka yang berada di hadapan
kita tahu dan fahami akan apa yang ingin kita sampaikan dan mahukan. Jangan
berasa bimbang dan takut kerana semakin kita amalkan semakin ia nya sebati dengan
tugasan kita. Semakin lama kita lakukan semakin handal kita memberi penerangan
yang terbaik buat prospek/pelanggan yang mendengar dan memerhatikan kehadiran
kita.
Semuanya
memerlukan latihan demi latihan. Nak dapatkan latihan yang mantap dan berkesan
kena dalami ilmunya dahulu. Tak perlu berguru membayar ribuan ringgit
menghadiri kelas-kelas yang profesional hanya sekadar membawa berbincang dengan
rakan sekerja dan dari orang yang telah berjaya melakukannya. Ada ilmu kena
amalkan. Teruskan latihan demi latihan, dan sebaik rakan latihan adalah rakan
sekerja kita sendiri. Kalau tidak pun mungkin di hadapan cermin juga boleh
dipraktikkan cumanya apabila di hadapan cermin belajar mengawal mimik muka
boleh di kenal pasti tetapi segala kesilapan dan gaya kita bercakap tiada
sesiapapun yang dapat menegurnya. Jadi gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk
perbetulkan dan per elokkan lagi segala gaya dan cara komunikasi kita dengan
sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan