Tabiat yang ada pada diri kita perlu diketahui dan di kenal pasti sama ada
ia nya buruk ataupun baik. Mungkin mana yang baik syukur Alhamdulillah tidak
perlu dilakukan apa-apa pun lagi pembetulannya cuma perlu dikekalkan setanding
seperti mana yang sedia ada atau dipertingkatkan lagi tabiat yang baik tersebut
menjadi yang lebih baik. Apa yang penting adalah kemahuan kita untuk berubah
mencapai yang lebih baik mengatasi tabiat yang sedia ada tersemai di dalam
kita.
Apa yang perlu dirisaukan kini adalah bagaimana untuk kita merubah sikap
buruk yang sedia ada di ubah tabiat tersebut menjadi sesuatu yang positif dan
terbaik. Perlu di ingat selalu supaya sesiapapun yang bertemu dengan kita
terutama sekali prospek/pelanggan tidak merasa meluat, benci dan menyampah
dengan tabiat buruk kita yang mungkin tidak kita sedari selama ini. Kenal pasti
segera agar tabiat tersebut tidak menular dan di tunjukkan pada
prospek/pelanggan yang ditemui.
Mungkin perkara-perkara berikut boleh merubah tabiat buruk kita kepada yang
lebih elok
i.
Peka dan ambil sensitiviti atas teguran
orang
Jangan
ambil hati atau mudah terasa hati apabila ada orang menegur tentang tabiat
buruk kita. Apabila ada orang menegurnya bermakna orang tersebut mengambil
berat tentang kita dan mahukan kita di masa hadapan jangan melakukannya. Hanya
orang-orang yang benci dan tidak suka kepada kita sahaja yang akan membiarkan
tabiat kita berlaku lagi di masa hadapan. Ambil peluang terbaik ini walaupun
kadang-kadang boleh menyakitkan hati
kita. Anggaplah ia nya satu teguran yang membina demi masa depan kita agar
apabila kita bertemu dengan prospek/pelanggan ianya pasti tidak akan berlaku
lagi.
ii.
Cari ilmu
Ilmu dan
tahu apa yang perlu untuk kita lakukan perlu ada. Carilah ilmu niatkan untuk
perbetulkan diri kita ke arah yang lebih baik. Pasti Allah bantu. Bukan untuk
bersandiwara atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Bila ada ilmu sudah pasti
kita akan berubah mengikut ilmu yang ada pada kita. Jadilah seperti resam padi,
semakin tinggi semakin tunduk berisi dan jauhilah resam seperti lalang, semakin
meninggi semakin tinggi lagi menunjukkan dirinya.
iii.
Bukan berhentikan tapi gantikan ia
Tabiat yang
dah lama kita lakukan mungkin sudah menjadi darah daging kita. Mungkin telah
kita ketahui tabiat tersebut tidak elok dan memang sukar untuk dibuang sama
sekali. Perubahan perlu dilakukan, bukan untuk kita serta merta kena hentikan
tabiat tersebut tetapi carilah alternatif terbaik untuk kita gantikan. Kelak
apabila kita gantikan dengan yang baru dan lebih elok lagi tabiat kita lama
kelamaan tabiat buruk kita yang tersedia ada tersebut pasti akan terhakis
walaupun sedikit demi sedikit.
iv.
Sentiasa mengawasi tabiat yang dilakukan
Apabila telah
ketahui sikap dan sifat tersebut buruk dan tidak elok, tindakan sewajarnya
adalah dengan memastikan kita sering mengawai segala tindak tanduk kita yang
tidak elok tersebut. Terutamanya apabila bertemu dengan orang ramai, elakkan
dari mereka mengetahuinya. Awasi dan berwaspada sentiasa adalah lebih baik dari
dibiarkan begitu sahaja. Jangan dibiarkan sewenang-wenangnya. Kelak nanti yang
akan mendapat malu diri kita sendiri juga. Berakit-rakit ke hulu
berenang-renang di tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang lenang di hati
kemudian.
Tiada ada apa yang harus dimalukan untuk berubah satu langkah kepada
kebaikan. Mana-mana tabiat atau perangai yang tidak baik perlu diubah dengan
segera dan teliti. Sememangnya tugasan melakukan jualan memerlukan kita sering
bertemu dan bersua dengan orang ramai. Dah memudahkan jualan tingkah laku dan
perangai kena jadi yang terbaik agar prospek/pelanggan yang ditemui merasa
cukup senang dan selesa dengan kehadiran kita. Apabila mereka merasa cukup
selesa dan berkeyakinan tinggi sekurang-kurangnya urusan kita melakukan tawaran
akan menjadi lebih mudah dan senang. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan
sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Surah al-Ankabut
ayat 69)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan