Prospek/pelanggan yang ditemui pasti memerlukan corak dan gaya perkhidmatan
yang diberikan oleh kita memuaskan hati mereka. Sememangnya sebelum mendapatkan
persetujuan penerimaan tawaran dari mereka seterusnya mendapatkan penutupan
yang diperlukan, memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada prospek/pelanggan
amat diperlukan. Jangan langsung tidak menganggap perkara ini tidak sama
pentingnya seperti kita melakukan presentasi kerana prospek/pelanggan pasti
akan melihat dan menengok apa yang termampu perkhidmatan yang boleh ditawarkan
kepada mereka.
Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada prospek/pelanggan yang di
temui, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui dan ambil berat
sepatutnya. Semuanya berkenaan dengan pengalaman yang telah kita tempuh sebelum
ini. Pengalaman adalah guru terbaik untuk diri kita sendiri. Hanya pengalaman
sahajalah yang dapat memberitahu kepada kita sama ada kita mampu atau tidak
untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik atau sebaliknya. Perkara-perkara
yang perlu difikirkan dan dilakukan terlebih dahulu adalah
i.
Fikir untuk lakukan yang terbaik
Semua orang
nak yang terbaik, tapi sejauh mana terbaiknya kita punya? Adakah
prospek/pelanggan boleh menerima perkhidmatan yang kita tawarkan kepada mereka
dengan stail dan cara yang kita berikan kepada mereka? Adakah mereka berpuas
hati dan merasa yakin dengan apa yang telah kita perkatakan? Kerana itu sebelum
kita bertindak kena fikirkan dahulu apa yang terbaik bagi mereka. Cari kaedah
dan cari solusi yang terbaik melalui pertanyaan kepada orang yang sentiasa
berjaya melakukannya. Belajar dari pengalaman orang yang berjaya dahulu, kenal
pasti apa masalahnya dan gabungkan dengan pengalaman yang telah kita tempuhi,
pasti akan memberikan satu keputusan yang bijak untuk tindakan seterusnya buat diri
kita sendiri.
ii.
Elakkan dari cepat melenting atau marah
Cepat
melenting dan marah adalah perbuatan syaitan. Elakkan. Layan sangat kemarahan
yang ada maka cepatlah pula nanti mendapat penyakit darah tinggi. Kena kawal
dengan segera dan jangan sama sekali menurut hati yang panas, dikhuatiri pada
satu hari nanti terbakar hati dan perasaan cukup sukar pula untuk diubati.
Belajar kawal kemarahan kita. Belajar menjadi seorang yang penyabar dan tenang.
Belajar kawal minda sentiasa fikirkan yang positif sahaja. Kita orang yang
menjual perlu menjaga segala etika tugasan terutamanya sekali apabila
berhadapan dengan prospek/pelanggan yang ditemui. Prospek/pelanggan bukan
sahaja melihat penampilan diri kita sahaja tapi bagaimana tingkah laku, sikap
dan perangai yang ditunjukkan juga kepada mereka juga adalah sama pentingnya.
iii.
Jangan mudah merasa bosan
Kenapa
perlu bosan? Kita yang hendak tugasan ini tiba-tiba begitu mudah merasa bosan.
Apa yang dibuat dirasakan serba tidak kena serba tidak menjadi. Adakah keadaan
sekitar atau keadaan pada diri kita sendiri? Andai kata berlakulah seperti ini,
lakukanlah muhasabah diri secepat yang mungkin memikirkan kesalahan dan
kesilapan kita selama ini yang perlu kita perbetulkan semula. Kalau rasa masih
sukar juga nak lakukan bidang jualan ini mesti ada jalan penyelesaiannya. Jalan
terbaik sekali adalah perlu tukar bidang sahaja dan jangan memaksa diri kita
berlebihan pada perkara yang kita sendiri tidak menggemarinya. Perkara kalau
kita tak suka lakukan hebat bagaimana ganjaran dan imbuhan yang ditawarkan
sudah pasti sampai bila-bila pun tidak akan kita kecapi. Lakukan dengan minat
supaya kesungguhan dapat di jelmakan. Bila dah bersungguh sudah pasti hasil
yang dimahukan akan menjelma juga akhirnya.
iv.
Tahu apa yang mereka perlukan
Pengalaman
dan pemerhatian kita akan mengajar segala-galanya. Tentang apa yang mereka
gemari, sukai, benci ataupun meluat sekalipun dengan cara yang kita
persembahkan sebaik-baiknya lakukan apa yang mereka mahukan dari apa yang kita
mahukan. Mereka yang kita sasarkan untuk menerima tawaran yang ditawarkan sudah
pasti sebarang komen dan kata-kata mereka kena ambil kira dan ambil berat.
Jangan jadi seperti kera sumbang yang sebenarnya memang langsung tidak
menyumbang apa-apapun kepada kita. Kenal pasti segera.
v.
Bukan merungut tapi bersungguh
Berikan komitmen
yang ada dengan kesungguhan yang diperlukan. Bertenaga dan bersemangat walaupun
apa juga halangan dan rintangan yang berlaku. Tapi kalau tugasan jualan ini dah
bermula dengan bersungut dan merungut, alamatnya habislah keupayaan dan
kredibiliti kita. Prospek/pelanggan pasti tidak akan menghormati kita kalau
kita hanya pandai bersungut dan bukannya pandai mengambil hatinya untuk
menerima tawaran yang kita kemukakan kepada mereka. Nak pendapatan lebih kena
ada ekstranya usaha kita. Baru boleh berjaya namanya.
Mana yang salah dan silap perbetulkan. Mana yang dirasakan dan difikirkan
tidak bersesuaian jangan dilakukan lagi. Ambil yang terbaik agar
prospek/pelanggan yang kita temui cukup merasa yakin dengan apa yang kita
perkatakan dan persembahkan kepada mereka. Berilah perkhidmatan yang baik
sebaik-baik perkhidmatan yang ditunjukkan. Semua ini hanya kita sahaja yang
tahu bagaimana nak lakukan yang terbaik kerana kita sendiri yang melaluinya.
Itulah pentingnya ada pengalaman. Semuanya pengalaman yang akan menentukan
semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan