Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 10 September 2012

ELAKKAN DARI KEGAGALAN



Dalam dunia ni tak ada siapa yang mahu kan kegagalan. Makin kita inginkan kejayaan semakin hampir pula kegagalan kepada diri kita. Makin kita berusaha melakukan tugasan jualan dengan baik dan sesempurna yang termampu semakin kegagalan pula yang menghambat kita. Belum hilang penat lelah kita semakin hebat pula menanggung perkara-perkara yang tidak kita mahukan terjadi dan berlaku. Kenapa harus ada senario sedemikian rupa. Lain yang dirancang lain pula yang menjadi.

Inilah yang perlu kita elakkan bersama. Jangan merasa syok sendiri sahaja. Selagi kita tidak boleh perolehi pendapatan yang banyak melalui komisen yang tinggi janganlah cuba nak mendabik dada mengatakan kitalah orang yang paling hebat pernah ada dalam tempat ini melakukan jualan. Tengok keputusan akhir bukannya tengok apa yang akan kita lakukan. Jangan cakap besar dan hebat melainkan semuanya telah kita buktikan terlebih dahulu. 

Atasi segera segala kelemahan yang ada untuk kita bangkit semula dari kegagalan kepada kejayaan yang abadi dan konsisten. Muhasabahlah sentiasa agar diri kita  dapat diperbetulkan tidak kira sama ada kita menerima teguran dari orang lain ataupun tanpa kita sedari. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk diperbetulkan semula adalah


i.                    Masih tidak sedari ada kesalahan yang tidak diperbetulkan lagi

Biasanya kita selalu diperkatakan bagi menambah pengalaman, belajar dari kesilapan yang telah dilalui. Tapi mungkin kerana dah terbiasa ataupun telah menjadi tabiat pada diri kita langsung tanpa kita sedari ia nya sebenarnya adalah satu kesilapan dan kesalahan pada mata orang lain. Ini yang kita takutkan. Kita rasa betul tapi sebenarnya perkara ini yang sering membawa kepada kegagalan kita melakukan jualan. Mungkin cara kita berkomunikasi, bertegur sapa dengan orang atau semasa memberikan penerangan kita rasakan semuanya betul sahaja tetapi rupanya cara betul kita itu sebenarnya telah menyinggung hati dan perasaan orang lain. Inilah yang perlu kita awasi setiap tindakan kita agar apa yang kita lakukan bukan setakat kita suka melakukannya tetapi orang lain yang berhadapan dengan kita juga cukup suka dengan cara dan olahan dari kita sendiri.

ii.                  Azam yang lemah

Memang betul kita berazam. Memang betul kita mahu lakukan dengan bersungguh-sungguh. Tapi apabila kita mahukan kejayaan malangnya tidak pergi ke mana pun. Kegagalan sahaja yang datang. Tengok balik apa sebenarnya yang kita telah tetapkan sebagai matlamat kita. Adakah itu memadai? Cukupkah ia? Adakah matlamat tersebut menjadi satu peransang yang baik untuk kita? Semak semula dan jika tidak memadai ataupun tidak tepat perbetulkan segera azam tersebut. Tanpa azam yang kuat kita tidak akan kemana-mana.

iii.                Tidak berasa takut kepada kegagalan

Perangai yang tidak baik sama sekali. Berjaya atau gagal langsung tidak memberi kesan apa-apapun kepada kita. Apa yang kita mahukan hanya sekadar duit tetap dari gaji bulanan yang sememangnya telah ditetapkan. Tak perlu fikir lebih dari itu.Tapi adakah itu memadai? Inikah matlamat menjadi kakitangan jualan yang sebenarnya? Hanya mengharapkan gaji bulanan sahaja dan komisen atau pendapatan yang lebih langsung tidak mahu diambil kira. Nak jadi orang yang zuhudpun kenalah tengok pada tempatnya. Ada peluang pendapatan ekstra kena bekerja keras lagi bersungguh-sungguh secara konsisten untuk tambah dan tambah lagi pendapatan yang sedia ada. Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang telah ada pada kita setakat ini.

iv.                 Tidak sabar

Jangan gelojoh dan terburu-buru. Kena bawa bersabar banyak-banyak. Ya, belajar menjadi orang yang sentiasa bersabar kerana setiap dugaan,halangan dan rintangan kita pasti tidak tahu bagaimana ia nya akan muncul di hadapan kita. Kalau kita tidak sabar, datang sahaja dugaan tersebut itu yang akan menyebabkan kita mudah menjadi marah, kelam kabut dan susah hati. Tak dapat nak atasi itulah penyebabnya kita menjadi seorang yang mudah kecewa, putus asa dan kurang bersemangat untuk melakukan tugasan jualan. Mulalah belajar untuk memberikan alasan yang bukan-bukan kononnya boleh melepaskan diri dan minta simpati dari orang lain. Belajar dari sekarang untuk sentiasa bersabar. Kalau tidak belajar bersabar sampai bilapun kita tidak akan boleh menjadi orang yang bersabar.

v.                   Tidak konsisten

Dah buat kerja dengan bersungguh-sungguh jangan diikut kata hati. Sekejap rajin sekejap jadi pemalas pula. Sekejap nak buat sekejap ditinggal terus begitu sahaja. Jangan sama sekali jadi begitu, perbetulkan balik tindakan kita. Tengok apa punca sebenarnya apabila kita jadi malas sangat. Perbetulkan segera. Selagi kita gagal perbetulkan selagi itulah konsisten kerja kita masih tidak dapat untuk kita lakukan. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam kerana ada semangat yang begitu pasti akan merosakkan kerja dan karier kita kemudian hari.

vi.                 Percaya kepada andaian

Penyakit yang perlu diubati segera. Jangan suka sama sekali melihatkan andaian adalah tepat sekali taksirannya. Selagi kita tidak tempuhi selagi itulah kita sibuk dengan andaian. Mungkin ada andaian yang berlaku itu ada kebenarannya, tapi kalau andaian tersebut salah dan silap bagaimana? Belajar untuk tidak melakukan andaian ataupun bersangka buruk terlebih dahulu. Tukarkan ia supaya menempuh dahulu secara realtiti terlebih dahulu. Jangan main andai-andai dikhuatiri nanti orang lain pula akan mengandaikan yang tidak baik-baik kepada kita pula.

Kejayaan bukanlah satu perkara yang boleh ditunggu tanpa ada usaha. Kena berusaha dahulu boleh boleh datang kejayaan yang diinginkan. Elakkan dari menjadi orang yang sentiasa gagal dan ubah diri kita menjadi orang yang berjaya bukan setakat dunia sahaja tapi juga di akhirat sekali.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan