Bagi mendapatkan kepercayaan prospek/pelanggan
kita perlulah sentiasa kreatif bagi membentuk dan mendapat perhubungan yang
lebih akrab dan baik. Cara paling mudah adalah dengan mendapatkan kepercayaan
mereka terlebih dahulu. Bila dah percaya kata orang, jual apa pun senang. Bila
prospek/pelanggan percaya segala pandangan, keputusan dan reaksi kita boleh
diterima dengan sebaik yang mungkin.
Per tajamkan lagi skil kemahiran yang ada.
Sebelum mereka fahami kehendak kita pelajari dahulu supaya kita kena fahami
keadaan mereka terlebih dahulu. Jangan anggap mudah dan senang kerana apabila
dikatakan berhubung dengan manusia, semuanya harus dijaga dengan teliti dan
bersungguh-sungguh, tiada istilah main-main atau kebetulan sahaja.
Antara kemahiran dan situasi yang diperlukan
untuk kita mendapatkan kepercayaan mereka terhadap kita adalah dengan
i.
Fahami masa mereka
Bila prospek/pelanggan bersetuju bertemu dengan kita
melalui temu janji yang ditetapkan satu kejayaan awal telah di peroleh. Jangan
mendesak tapi beri cadangan yang boleh dirundingkan untuk disesuaikan dengan
masa yang ada pada mereka. Jangan sama sekali fikirkan masa kita tetapi
fikirkan tentang masa mereka terlebih dahulu. Kita yang berkehendakkan mereka
dan bukannya mereka yang berkehendakkan kita. Dengan cari ini, menghormati masa
percuma mereka sekurang-kurangnya kita boleh memperoleh kepercayaan awal dari
mereka terhadap kita.
ii.
Hadirkan diri tepat
pada masanya
Janji mesti ditepati jangan sama sekali dimungkiri.
Itulah janji orang Islam, Muslim sejati. Kena lakukan walaupun sesibuk yang
macam mana sekalipun. Kerana kita telah pun berjanji. Sekali kita memungkiri
hanya kerana lewat sampai ke tempat yang telah dijanjikan, sampai bila-bila
kemudian hari nanti orang akan hilang kepercayaannya kepada kita dengan begitu
mudah sama sekali.
iii.
Berhemah dan merendah
diri
Jangan menyombong apa tah lagi bertemu buat kali
pertamanya. Lebih baik merendah diri dari menyombong tak tentu hala. Orang
SALES tak boleh sombong nanti tiada orang pula nak berurusan dengan kita. Nak
jadi orang yang sentiasa merendah diri dan berhemah latihannya cukup mudah
sekali. Lakukan solat apabila kita bersujud ke hadrat Allah biarlah lama
sedikit. Cukup mudah bukan. Amalkan ia. insya-Allah akan berubah nanti
perwatakan kita pula kepada orang lain.
iv.
Tawarkan yang ada
kaitan dengannya
Gunakan kecerdikan yang ada pada kita dalam memberikan
tawaran produk kepada prospek/pelanggan. biar mereka tahu apa yang mereka boleh
manfaatkan dan gunakan jika mereka menerima tawaran kita. Cari kesesuaiannya
dengan fahami dan ketahui apa yang dimahukan.
v.
Galakkan interaksi
Berikan kefahaman yang jelas, ringkas dan mudah difahami.
Perbanyakan soalan-soalan yang boleh menarik minat beliau untuk berinteraksi
kepada kita. Lagi banyak prospek/pelanggan bercakap lagi mudah untuk kita
berinteraksi bersamanya dan ketahui apa masalah yang ditanggungnya selama ini
untuk kita membantu. Kalau selepas presentasi dan terus bertanyakan setuju atau
tidak, sudah tentu jawapannya tidak sama sekali dari prospek/pelanggan
tersebut.
vi.
Hormati keputusan
mereka
Sekali gagal bukan bermakna kita gagal selama-lamanya.
Hormati keputusan mereka. Jangan dijolok lagi sarang tebuan. Cukup lah sekali
dahulu. Mungkin di waktu ini prospek/pelanggan tidak dapat menerimanya manalah
tahu di masa hadapan jika ia berminat pula. Ini semua ketentuan Allah, yang
penting kita berusaha terlebih dahulu. Fikirkan segala pergerakan kita adalah
untuk jangka masa panjang dan bukannya pada masa tersebut sahaja. Sabda
Rasulullah s.a.w: "Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan
lisannya tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari)
Nak mudah untuk menjual kena mudah dapatkan
kepercayaan mereka kepada kita. Bukan janji kosong atau kelentong yang bukan-bukan.
Kalau kita dah berjanji usahakan untuk ditunaikan dan jangan sama sekali
suka-suka hati berjanji sahaja. Kalau ada masalah maklumkan kepada mereka apa
kesukaran yang telah kita hadapi selama ini. Jangan mudah kecewa atau mudah
melatah jika kita masih belum lagi mendapat kepercayaan mereka. Yang penting
buktikan apa yang telah kita perkatakan kepada mereka tanpa berbelah bagi. Kita
memberikan keyakinan kepada mereka sudah tentu mereka juga akan berikan
keyakinannya kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan