Sebelum proses penutupan jualan berlaku, teknik
mengemukakan dan melontarkan soalan kepada prospek/pelanggan perlu dilakukan
bagi mengenal pasti apa yang di mahukan atau di kehendakinya. Memang penting
proses ini bagi mengetahui keadaan sebenarnya apa yang sepatutnya kita bantu
mengikut apa yang diperlukan mengikut kesesuaian produk yang ditawarkan.
Fahami bagaimana kaedah asas teknik mendengar ini
supaya dapat kita praktik kan semasa berhadapan dengan prospek/pelanggan.
Langkah yang perlu dilakukan adalah
Langkah Pertama, dengar dengan teliti apa yang diperkatakan.
Jangan sama sekali mencelah atau menyampuk. Kalau dapat dibuat catatan lagi
baik dan bagus. Tunjukkan betapa seriusnya kita untuk ketahui apa yang
diperkatakan. Sekali kita mencelah bermakna kita telah mengganggu apa yang
beliau fikirkan dan mahukan dari kita untuk membantu. Bersabar dahulu sehingga
apa yang ingin diluahkan disampaikan sehingga habis dan selesai.
Langkah Kedua,nak bercakap
semula berhenti seketika (sebentar) sebelum membalas semula dengan tenang dan
bersahaja. Tarik nafas dahulu. Andai kata sekiranya ada yang terlintas dalam
fikiran kita biarkan dahulu. Kalau takut terlupa catat ia terlebih dahulu.
Jangan tunjuk keghairahan kita kerana ia akan mengganggu proses mendengar kita.
Berhenti seketika kemudian bercakap semula sebenarnya memberikan ruang kepada
kita apa persoalan selanjutnya untuk kita kemukakan semula kepada
prospek/pelanggan.
Langkah Ketiga, dapatkan
penjelasan semula dari prospek/pelanggan. Sebagai pengesahan dan tidak salah
tafsir. Lebih baik bertanya semula dari kita faham sendiri kerana dikhuatiri
apa yang kita faham itu sebenarnya tidak sama dengan apa yang dikehendaki oleh
prospek/pelanggan. Dapatkan perkara yang sebenarnya adalah lebih baik dari
berulang-ulang kita bertanya kepada mereka di lain masa.
Langkah Keempat, lakukan
kesimpulan dengan menyatakan apa yang telah kita fahami. Memberikan semula apa
yang kita fahami akan membolehkan prospek/pelanggan yakin atas keupayaan kita.
Ambil masa sedikit tapi itu tidak mengapa asalkan yang penting di kemudian hari
mereka sudah pasti tidak geram atau marah kepada kita.
Kesimpulannya, jangan merasakan proses mendengar
ini sebagai satu proses yang melecehkan dalam melakukan jualan. Sebenarnya
jangan merasakan presentasi atau penerangan kepada prospek/pelanggan sahaja
yang penting. Memberikan soalan dan mendengar dengan betul juga memainkan peranan
yang sama pentingnya. Kalau tak mendengar macam mana kita nak tahu apa yang
dihajatinya. Berikan ruang masa yang secukupnya kepada prospek/pelanggan
meluahkannya agar kita lebih mengerti dan memahami. Fokus dengan apa yang kita
lakukan dan elakkan sama sekali menunjukkan apa yang disampaikan tidak penting
sama sekali.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa
yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan
jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia
memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan