Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 26 September 2012

PROSPEK AMAT DI PERLUKAN



Prospek/bakal pembeli merupakan tunjang utama dalam memastikan penawaran produk dapat dilakukan. Tanpa prospek/bakal pelanggan bagaimana kita boleh memperoleh pelanggan yang setia dan berurusan dengan kita? Kerana itu kita amat di saran untuk mencari dan mendapatkan prospek sebanyak yang termampu. Bila prospek ada kebarangkalian kita untuk gagal dalam jualan adalah rendah kerana untuk mendapatkan prospek pun kita telah menapis melakukan saringan terlebih dahulu dari leads-leads yang kita terima sebelum ini. Semakin banyak temu janji yang diperoleh semakin besar peluang kita memastikan tawaran yang kita tawarkan akhirnya dapat diterima juga akhirnya.

Apabila kita berjaya memperoleh prospek dengan sebanyak yang mungkin. Ini merupakan satu kelebihan kepada kita. Dengan prospek yang banyak, kita akan menjadi lebih sibuk. Sibuk dalam erti kata adalah sentiasa ada masa untuk lakukan tugasan jualan kita terdedah dengan oportuniti bagi  mencapai kejayaan seperti mana yang dikehendaki. Mungkin berikut adalah beberapa kelebihan kenapa kita perlukan kepada seramai yang termampu membina dan mencari prospek sebanyak yang boleh. Antaranya adalah

i.                    Perangsang dan galakkan bukannya paksaan dan terpaksa

Tiada siapa pun dalam dunia ini orang lebih suka atau mahu melakukan sesuatu pekerjaan tersebut dalam keadaan yang terpaksa ataupun memaksa. Bila kita melakukan dalam keadaan terpaksa sudah semestinya kita tidak akan gembira dan merasa seronok untuk melakukannya. Ubahlah persepsi tersebut dan bentuk dalam diri kita pada yang sebaliknya. Menjadikan pencarian seseorang prospek sebagai satu tugasan wajib dan mesti diperoleh setiap hari tanpa gagal. Bila dah dapat seorang pasti dengan sendirinya secara automatik akan menjadi perangsang yang baik untuk diri kita mencari prospek yang lain pula.

ii.                  Mudah dapatkan temu janji bukannya menjual

Menghubungi prospek pastikan jangan sama sekali kita hendak menjual. Ini adalah kerana sebab utamanya prospek tersebut masih belum mengenali dan tidak pernah lagi bersua muka. Elakkan penceritaan yang berlebih-lebihan. Matlamat utama adalah mendapatkan temu janji. Pihak prospek akan memberi seribu macam dalih untuk tidak mahu bertemu dengan kita manakala kita pula akan memberi seribu macam sebab kenapa pertemuan perlu untuk dilakukan. Kerana itu kita di saran agar jiwa perlu tenang, sabar, berhemah dan berbudi bahasa sama sekali.

iii.                Kemahiran semakin bertambah

Setiap hari kita lakukan dengan berhubung dengan prospek tanpa ada rasa jemu dan rasa membebankan, pasti ia nya akan memberikan pengalaman yang terbaik buat diri kita sendiri. Pengalaman bertambah dengan mudah apabila kita dapat ketahui dahulu bagaimana untuk kita mendengar suara prospek tersebut apa kemungkinan yang akan ditanyakan, disoalkan dan apa tindakan sewajarnya untuk kita lakukan ke atas prospek tersebut. Penetapan temu janji dirasakan lebih mudah jika setiap bangkangan yang dikemukakan akan pasti boleh kita atasinya dengan sebaik yang mungkin.

iv.                 Kepentingan kerjaya terjamin

Apabila menyertai sesuatu organisasi, matlamat untuk per tingkatkan karier kita amat dicari oleh sesiapapun tanpa perlu merendah diri atau mendabik dada seterusnya, semuanya yang kita lakukan adalah berdasarkan pengalaman yang kita tempuh atau belajar dari mereka yang telah berjaya. Menjaga kepentingan kerjaya adalah lebih penting dari segala-galanya kerana itu adalah periuk nasi kita sendiri. Nak jaga sumber pendapatan kita perlu usaha dengan gigihnya mendapatkan jumlah prospek yang tertentu bagi memudahkan lagi kita mendapatkan jualan hanya melalui temu janji yang ditetapkan terlebih dahulu.


Nampak sukar tapi kalau dilakukan secara konsisten dan berterusan sudah pasti hasilnya akan menjadi lumayan kepada diri kita sendiri. Agak leceh tapi semuanya itu hanyalah sementara waktu sahaja sehingga kita telah cekap dan menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk melakukannya. Tanpa iltizam dan azam yang kuat dan kukuh sudah pasti sampai bila-bila kita akan gagal untuk melakukannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan