Atasi dengan baik semasa perundingan penawaran produk kepada
prospek/pelanggan yang ditemui. Berurusan secara berhemah dan bersopan santun
amat diperlukan. Bantu mereka yang kita temui dengan sebaik yang mungkin,
memikat hati apa yang produk yang kita tawarkan dapat membantu mereka. Barulah
proses perundingan dalam jualan dapat dilakukan. Bersungguh melakukannya secara
konsisten dan tiada istilah putus asa dan kecewa berlaku dalam diri kita.
Selagi keyakinan diri berada dalam diri kita sudah tentu prospek/pelanggan yang
kita temui juga akan mempunyai keyakinannya juga terhadap kita.
Bagi mengelakkan supaya perundingan ini boleh dan dapat di kurangkan segala
kesilapan dan kesalahan yang tidak di ingaini secara sedar ataupun tidak, adalah
disarankan agar kita dapat melakukan perkara-perkara berikut semasa bertemu
dengan prospek/pelanggan iaitu
i.
berikan penerangan dan presentasi sebaik yang
mungkin supaya tiada kekaburan, kekeliruan dan keraguan berlaku dan terjadi
kepada mereka
ii.
lakukan persiapan diri sebaik yang mungkin sebelum
keluar bertemu dengan prospek/pelanggan.
iii.
Pertuturan jangan terlalu gagap dan boleh
menimbulkan kurangnya rasa senang prospek/pelanggan terhadap kita.
iv.
Set kan dalam minda yang kita boleh lakukan sebaik
yang mungkin.
Selagi kita merasakan sukar dan susah selagi itulah kita akan merasa tiada
kesenangan dalam melakukan tugasan yang di amanahkan. Kena fikirkan cara dan
kaedahnya bagaimana prospek/pelanggan begitu mudah
i.
Faham apa yang kita sampaikan
ii.
Menarik perhatian mereka
iii.
Jelas, ringkas dan padat apa yang kita berikan
kepada mereka
iv.
Memberikan persetujuan menerima tawaran
Kalau ini berjaya kita lakukan sudah pasti kejayaan akan mendatang dengan
mudahnya sama sekali. Ambil Jalan pintas segera hanya lakukan presentasi dan
persembahan sahaja tanpa perlunya perundingan yang sewajarnya. Jadikan seperti
syampu 2 dalam 1. Dua tugasan dalam satu masa sahaja. Di situ ada presentasi di
situ juga berlakunya perundingan. Bila berlakunya perkara yang sedemikian maka
peluang untuk mendapatkan penutupan jualan akan lebih terbuka luas lagi.
tips yang sangat berguna ^_^
BalasPadamKejadian Punting Beliung Berapi Di Australia (Video dan Gambar)