Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 29 September 2012

Bila masalah mula menjelma



Cukup bahaya rasanya jika kita merasakan tugasan jualan yang kita lakukan adalah sentiasa betul dan benar walaupun keupayaan prestasi kita mengatasi sasaran yang diberikan. Kita mudah merasakan begitu bongkak, angkuh dan berlagak tidak tentu hala merasakan apa yang kita lakukan sentiasa betul dan benar tanpa perlu di perhati dan diberi teguran oleh sesiapapun. Sesuailah dengan Sabda Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Sesungguhnya di dalam jasad seseorang ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila rosak daging itu maka rosaklah seluruh anggota badan. Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Jadi berhati-hatilah.


Hanya kerana hati kita lupa segala-galanya. Hanya kerana hati, nafsu bermaharajalela. Bak kata pepatah ikut kata hati mati, ikut kata rasa, binasa. Kena berwaspada sentiasa agar kita tidak mudah terjerumus dengan gerak hati kita sahaja tanpa berpandukan sebarang petunjuk yang lain. Mungkin perkara-perkara ini mempunyai tanda-tanda ada masalah yang perlu kita secara bersama-sama untuk perbetulkan semula agar kembali semula ke landasan yang sewajarnya. Antaranya adalah





i.                     Apabila ada mesyuarat jualan pasti lewat diadakan dan ahli-ahli tim jualan pula yang tentukan sama ada hendak hadir ataupun tidak.

ii.                   bila mesyuarat diadakan, interaksi satu hala sahaja yang berlaku dan bukan sebaliknya. Lebih baik berdiam diri dari bersuara walaupun meminta pendapat yang bernas.

iii.                  Prestasi tugasan tiba-tiba merudum dan jatuh menurun secara mendadak walaupun pasaran stabil dan berkembang.

iv.                 Terlalu kuat iri hati atas kejayaan orang lain walaupun peluang mendapatkan jualan adalah sama dan sekata antara satu dengan yang lain.

v.                   Dendam berdendam antara satu sama yang lain.

vi.                 Perbualan terlalu ringkas berorientasikan aktiviti jualan sahaja tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang ditemui

vii.                Lebih banyak SILENT PROTEST ( melawan dalam senyap).

viii.              Masih gagal atau tidak mahu ambil tahu mengenali isu atau rintangan yang sebenarnya harus dihadapi.

ix.                 Merasakan apa juga keputusan yang pihak atasan berikan untuk dilakukan adalah satu penyeksaan dan membebankan.

x.                   Terlalu mementingkan diri sendiri mengatasi kehendak pihak pengurusan dan rakan setugas yang lain.

xi.                 Tidak mahu berubah demi kemajuan karier dan tugasan jualan mengikut trend terkini.

Mungkin ada lagi. Memadai apa yang diperkatakan kali ini. Moga dengan apa yang dipaparkan ini sedikit sebanyak perkara-perkara di atas dapat diperbetulkan segera demi karier dan peningkatan tugasan jualan kita terhadap organisasi yang kita wakili dan prospek/pelanggan yang kita temui. Jangan mudah mendabik dada tapi per mudahkan diri kita ini sentiasa untuk merendah diri dan berhemah sentiasa. Allah SWT berfirman:“Wahai manusia! Kamulah yang fakir (sentiasa berhajat) kepada Allah, sedang Allah itu Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah Faathir: 15).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan