6 perkara yg perlu ada untuk berjaya dalam melakukan JUALAN:
- Yakin dengan Allah
Keyakinan
sepenuhnya dengan Allah bukan dengan usaha. Apabila yakin dgn Allah, nusrah
Allah bersama kita dan bawa sekali akhlak Rasulullah seperti rajin, tidak putus asa, sabar, amanah,
tidak sombong, tidak riak dan ego.
- Jaga solat
Yakin solat
dapat selesaikan semua masalah, bawa sifat solat semasa melakukan jualan seperti
cakap yang baik-baik sahaja dan bersifat rendah diri.
- Hubungan dgn Allah setiap masa
Doa sebelum
berjumpa pelanggan seperti “Ya Allah engkau yg maha bijaksana dan kami
mengharapkan pertolongan Mu. Lembutkanlah hati pelanggan yang kami akan bertemu
agar terbuka hatinya untuk bermuamalah dengan diri ku”
- Ikramul Muslimin
Menjaga hubungan
yang baik dengan pelanggan. Lakukan salam,
toam, kalam, qiam. Beri
hadiah atau cenderahati kepada pelanggan.
- Ikhlas dalam nawaitu
Niat untuk
membantu pelanggan dan mengeluarkannya dari punca gharar, maisir dan riba kerana
Allah SWT. Tidak sama sekali di pengaruhi ganjaran pendapatan, komisen dan lain-lain. Dengan niat yang betul, kita akan
dapat semua yang kita ingini.
- Yakin jualan adalah satu usaha untuk pertingkatkan syiar muamalah Islam.
Jadi kita perlu
berusaha bersungguh-sungguh dan menerima cabaran yang ada dengan kesabaran yang
bersungguh-sungguh.
Dalam jualan perlu buat
pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Apabila kita mempunyai 6
perkara ini, ia memberi kemanisan, keseronokan dan kejayaan.
Sumbangan ikhlas dari Tn Haji Mohd Noor Jab, Ipoh, Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan