Selagi kita di namakan manusia selagi itulah kita pasti melakukan
kesilapan. Apabila itu di namakan
kesilapan bukan bermakna kita telah memperoleh satu lesan yang BESAR untuk kita
mengulanginya dan membiarkan ia begitu sahaja, tetapi jika kita sedar dan
mengetahui awal apa yang telah kita lakukan kesilapan tersebut dan per cepatkan
untuk melakukan pembetulan tersebut insyaAllah segala kesilapan dan kesalahan
tersebut tidak akan di ulangi lagi oleh kita.
Memang senang dan mudah untuk melakukan kesilapan tetapi juga tidak
bermakna untuk kita melakukan sesuatu itu dengan betul dan benar. Kadang-kadang perbuatan itu secara tidak kita
sedari ianya adalah satu kesilapan dan kesalahan, hanya kita akan sedar jika
ada seseorang yang akan menegur kita atau kita sendiri melakukan muhasabah
apabila berseorangan, itu pun jika rajin, kalau tidak asyik berlalu dan
melakukan perkara yang sama sahaja.
Antara kesalahan-kesalahan yang boleh di dapati dalam melakukan jualan
adalah
i.
Pertemuan
dengan prospek yang tidak betul
ii.
Nawaitu
kita tidak betul
iii.
Tidak
mencerminkan diri kita sendiri
.
iv.
Sibuk
bercakap daripada mendengar
v.
Tiada
kredibiliti dalam diri kita sendiri
vi.
Telefon
yang ada, kurang bunyinya
vii.
Skil
jualan tidak di per tingkatkan
viii. Keputusan
penerimaan (Closed Sale) tidak dilakukan apabila berhadapan dengan bakal pelanggan
ix.
Penampilan
diri ambil mudah sahaja
x.
Sama
seperti pesaing yang lain tiada kreativiti
xi.
Tidak
‘enjoy’ apa yang kita lakukan
xii. Ilmu yang ada di rasakan sudah memadai
Jadilah seorang yang benar-benar inginkan perubahan yang positif dalam diri
kita sendiri. Tiada sesiapapun yang akan membetulkan melainkan dirinya sendiri.
Tiada sikap putus asa dan mudah kecewa tetapi sentiasa berusaha mencapai
sasaran yang di perlukan. Tiada yang mustahil untuk di lakukan kalau kita
betul-betul melakukannya. Kejayaan bukan datang secara mendatang begitu sahaja
tetapi ianya perlu di cari di mana jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan