Mendapatkan referral dari pelanggan kadang-kadang agak melecehkan tugasan dan menjengkelkan Apa tidaknya, kadang-kadang kerana terpaksa dan di paksa, terpaksa
pula mendapatkan referral bagi tujuan menambahkan perujuk (leads) sebagai memudahkan
lagi tugasan anda di kemudian hari. Masalah
timbul apabila anda hanya suka-suka sahaja menulis dan mencatat referral yang
anda dapati tanpa ada apa tindakan sewajarnya dan sepatutnya dari anda. Yang penting untuk
anda apabila bos bertanya tentang referral, bersusun-susun nama boleh diberikan
siap dengan nombor telefon, alamat dan juga tempat ia bertugas/bekerja
Terdapat banyak kesilapan kenapa anda terlepas dan sukar untuk mendapatkan
referral yang dikehendaki. Antaranya :
i.
Masalah
yang timbul adalah anda sering melabelkan bahawa bagi mendapatkan referral sepatutnya seorang prospek/bakal pelanggan yang sudah semestinya telah dan mesti
mengambil/membeli produk yang anda tawarkan.
Sebenarnya ini adalah satu pemikiran yang salah sama sekali kerana ia
nya sama sekali terlepas dari proses jualan yang sepatutnya berlaku.
ii.
Apabila
ingin melakukan temu janji dengan mudah dan pantas anda merasakan prospek/bakal
pelanggan yang di temui nanti pasti akan
membeli produk yang di tawarkan dan bukannya mencari prospek/bakal
pelanggan yang layak untuk di jual ke atas produk yang akan di tawarkan.
iii.
Kebanyakan
hanya menjual di telefon sahaja dan bukannya mendapatkan satu tarikh tetap
untuk temu janji.
iv.
Kebanyakan anda terlalu gemar hanya untuk mendapatkan pelanggan sedia ada daripada prospek
yang layak untuk di tawarkan produk
v.
Ada
pelanggan-pelanggan merasakan tidak selesa dan tidak normal rasanya apabila memohon
darinya tentang nama-nama yang perlu di berikan untuk anda berurusan pula
kerana beliau merasakan namanya nanti akan di jual kepada referral-referral itu
nanti.
vi. Anda langsung tak mahu bertanya langsung
vii. Anda hanya menantikan pelanggan anda yang memberikan nama-nama referral yang di perlukan tanpa bertanya kepada pelanggan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan