Adalah menjadi tugasan
kita melakukan jualan untuk memastikan adanya stok-stok yang mencukupi mengikut
sasaran yang di berikan sebagai satu tanda aras pada diri kita sendiri samada
kita berupaya untuk mendapatkannya ataupun tidak. Semakin banyak stok yang di simpan bagi kejayaan mendapatkan penutupa jualan daripada pelanggan bermakna semakin hampir kita untuk mencapai
sasaran yang di tetapkan.
Kenapa Pipeline ini amat di perlukan?
i.
sebagai
satu bukti kukuh di atas kejayaan kerja kita
ii.
dapat
di ketahui kedudukan kita sebelum akhir bulan sama ada berjaya atau tidak
iii.
kenal
pasti keupayaan kita mana yang berlebih dan di mana kekurangannya
iv.
memudahkan
lagi untuk membantu pelanggan kita mendapatkan wang mengikut jangka waktu yang
di kehendaki
v.
satu
alat pengukur di masa hadapan mengetahui kedudukan stok kita di masa hadapan
Apakah kelebihannya?
i.
senang
nak kira komisen yang bakal kita perolehi
ii.
mengetahui
dengan cepat berapa banyak pendapatan yang kita inginkan
iii.
memastikan
stok yang ada secara berlebihan dan berkualiti mengejar dan melengkapkan juga
sasaran yang telah ditetapkan
iv.
mudah
untuk kita bercuti nanti atau di timpa dugaan seperti musibah, sakit dan
sebagainya sebagai ganti kita tidak melakukan jualan di sebabkan stok kita dalam pipeline yang banyak
v.
tingkatkan
prestasi bukan setakat diri kita tetapi juga kepada organisasi
Tambahlah stok anda sebanyak dan se maksimum yang boleh sentiasa sementara
kita masih sihat dan di perlukan lagi oleh organisasi. Jangan buang masa lagi, tambahkan koleksi
anda bagi menjana pendapatan anda lebih banyak lagi. Ubah cara kerja anda
supaya ia dapat memberikan apa yang di inginkan Kejayaan anda kekayaan anda di dunia dan
akhirat. Jadikan lah satu
tabiat atau habit yang mesti dan wajib di lakukan untuk memperolehi apa yang telah ditetapkan setiap hari bagi
memudahkan lagi tugasan mencapai sasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan