Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 17 September 2011

Relationship Selling Model



Menurut Brian Tracy, Pakar Motivasi Jualan, terdapat 4 peringkat dalam menjalinkan perhubungan dengan pelanggan apabila melakukan jualan iaitu :

TAHAP PERTAMA             -  Development of Trust (40%)
Suatu tahap yang di perlukan sebelum melakukan jualan ialah untuk mencuba membina keyakinan dan kepercayaan seseorang dahulu sebelum penawaran jualan dapat di lakukan.  Apabila prospek/bakal pelanggan telah mengenali diri kita dan mula menyimpan kepercayaan kepada kita, maka semakin mudah untuk kita melakukan penawaran yang diperlukan.

TAHAP KEDUA                   - Focus identifying the true needs and wants of the prospect (30%)
Kenal pasti dahulu kemahuan dan kehendak prospek/bakal pelanggan/pelanggan terlebih dahulu sebelum melakukan penawaran produk kepada mereka.  Amat melucukan jika kita main hentam kromo sahaja tanpa mengetahui apa yang di perlukan oleh mereka.  Lakukan kajian dahulu sebelum kita mendapatkan sasaran yang di kehendaki.

TAHAP KETIGA                  - Presenting Solution (20%)
Pamerkan kaedah dalam melakukan penyelesaian yang di kehendaki oleh mereka yang memerlukannya.  Prospek/ bakal pelanggan akan merasakan begitu teruja jika mendapati produk yang di tawarkan kepada mereka itu adalah satu produk yang dapat menyelesaikan dan membantu mereka  ke arah penyelesaian terhadap mereka.

TAHAP KEEMPAT             -  Confirmation and Closed the Sale (10%)
Memberikan persetujuan dalam melakukan peringkat terakhir melakukan penutupan jualan.  Bukan mudah untuk mendapatkan jualan dari persetujuan terus dari pihak pelanggan melainkan kita perlu memberikan penerangan yang jelas dan nyata mengikut kemahuan dan kehendak pelanggan melainkan lah jika pelanggan tersebut telah mengetahui terlebih dahulu dan sememangnya mencari produk yang kita tawarkan mungkin dari hebahan mulut, media massa dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan