Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 24 September 2011

MUHASABAH - LANGKAH YANG DI PERLUKAN

Umar bin Khattab ra berkata, “Hisablah diri anda semua, sebelum anda semua dihisab.” 

Sesuatu yang positif perlu dikenal pasti
Pencapaian bukan sahaja boleh di capai begitu sahaja tanpa melakukan perancangan yang rapi setiap masa.  Memperuntukkan masa yang sedikit dalam diri anda menjana kembali matlamat anda dan kenal pasti semula bagaimana cara paling baik dan mudah untuk anda kecapi dan laluinya dengan penuh bersemangat dan dahagakan kejayaan.

Kerana itulah dalam Islam menuntut agar kita sentiasa dapat melakukan Muhasabah diri terutamanya sebelum tidur memikirkan apa yang telah di lakukan seharian dari waktu pagi hingga sampai semula ke rumah adakah sepanjang hari anda telah berjaya menjadi seorang Muslim sejati menurut perintah Allah atau sebaliknya.  


Begitulah juga di dalam bidang jualan ini juga memerlukan tindakan yang sama kepada anda untuk melakukan semula secara harian samada pencapaian anda telah berjaya di laksanakan ataupun tidak.

Antara langkah-langkah yang perlu di lakukan dalam Muhasabah jualan ini adalah seperti berikut :

i.                     Tentukan secara detail dan tepat apa sebenarnya yang anda perlu lakukan dalam karier anda di bidang jualan

ii.                   Tuliskan dengan nyata, jelas dan lebih mendalam apa yang di kehendaki dan di perlukan di atas sekeping kertas

iii.                  Tetapkan dan sasarkan tarikh yang perlu di capai. Andai kata matlamat anda besar, pecah-pecahkan ia menjadi matlamat yang kecil dan mudah di capai mengikut turutan yang diingini.

iv.                 Senaraikan kesemuanya yang anda rasakan apa yang anda boleh dan pasti lakukan untuk mencapai matlamat anda.  Jika ada sesuatu yang baru anda fikirkan Cuma tambahkan sahaja dalam senarai tersebut

v.                   Susun aturkan kesemua item yang di senaraikan dalam perancangan anda dengan meletakkannya mengikut susunan keperluan dan kepentingan anda dahulu

vi.                 Segera bertindak dan di dahulukan terlebih dahulu perkara yang paling penting dalam susunan anda tadi. Jangan ada penangguhan berlaku kerana penyakit ‘tunggu sekejap’ amat merbahaya dan boleh menjejaskan matlamat yang anda telah tetapkan.

vii.                Lakukan sesuatu setiap hari yang boleh di lakukan bagi menentukan tercapainya matlamat yang di kehendaki. Kekalkan momentum tersebut dan per baikinya dari masa ke semasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan