Bertemu dengan
pelanggan bermakna semakin murah rezeki anda. Dalam menentukan kejayaan bagi mendapatkan penutupan jualan terdapat
beberapa perkara yang perlu di jaga bagi menjamin peluang di depan mata tidak
sama sekali di sia-sia. Tak dapat bermakna anda rugi masa, tenaga, wang dan
hanya mendapat penat sahaja.
Antara langkah-langkah
yang perlu ada adalah
i. Hormati masa yang diberikan oleh
prospek/pelanggan
ii. Buat prospek/pelanggan rasa dia
adalah penting buat anda
iii. Fahami masalah prospek/pelanggan.
Banyakkan bertanya dari memberi penerangan yang berjela
iv. Sesuaikan produk anda dengan
keperluan dan kehendak prospek/pelanggan.
v. Ucapkan penghargaan anda atas
luangan masa prospek/pelanggan terhadap anda
Berbudi bahasa,
bersopan santun dan berhemah amat di tuntut apabila berhadapan dengan mereka.
Idea drpd Tn Haji
Mohd Noor, Ipoh, Perak. Terima kasih atas sumbangan dan idea yang di berikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan