Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 10 September 2011

TAWAKKAL


Firman Allah dalam surah Al Taubah ayat 51 bermaksud 
Katakanlah: Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah di tetapkan Allah bagi kami.  Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal

Setelah semua usaha di lakukan dengan permulaan bicara ‘Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha menyaingi’ di susuli dengan Salam kepada Prospek/bakal pelanggan yang di temui lalu menyampaikan tentang kelebihan dan kekuatan produk kita barulah selepas itu kita kena berserah pula ke atas Allah SWT. Fahami erti tawakal yang bermakna kita sebagai hamba Allah telah meletakkan pergantungan sepenuhnya hanya kepada Allah SWT setelah berazam dan seterusnya di ikuti dengan usaha yang bersungguh-sungguh.


Firman Allah di dalam Ali Imran ayat 159 bermaksud 
Apabila kamu berazam (membawa maksud melakukan tugasan dengan bersungguh-sungguh) maka bertawakal kamu kepada Allah”.

Jelas di sini Allah telah mewajibkan ke atas kita untuk sentiasa menyerahkan diri kita kepada Allah sahaja tanpa perlu memohon simpati dan kasihan dari orang lain atas usaha-usaha kita lakukan selama ini apatah lagi kita pula jenis orang yang suka menunjuk-nunjuk riak dan hebatnya kita kepada orang lain. 

Menjadi seorang Penjual yang di segani dengan sifat sabar dan tenang perlu di semai dan biarkan sahaja kerana hasil akhir kita itu akan menunjukkan hasil usaha kita sendiri. 



Firman Allah dalam surah Ali Imran Ayat 173 bermaksud “Iaitu orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang yang mengatakan: ‘Sesungguhnya orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Kerana itu takutlah kamu kepada mereka’, Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab : “ Cukuplah Allah menjadi PENOLONG KAMI dan Allah adalah sebaik-baik PELINDUNG

Maka yakinlah janji-janji Allah yang telah di nyatakan, berniat lah dengan betul di atas pekerjaan yang kita lakukan ini terutama untuk membantu dan menolong orang ramai. Biarlah rezeki yang kita terima setiap bulan ini halal dan berkat sentiasa.   

Tidak perlu mengadu kepada orang lain, rakan sekerja atau ketua kita cukuplah kita serahkan diri kita ini kepada Allah yang sentiasa membantu dan memberikan pertolongan yang mutlak kepada kita tanpa rasa ragu-ragu lagi. Apa yang penting sekarang ini usaha, usaha dan terus berusaha mencapai sasaran yang di berikan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan