Melakukan mindset yang betul akan memberikan impak yang positif untuk
melakukan jualan secara stabil dan konsisten serta bersemangat untuk
melakukannya sentiasa. Apabila pemikiran
yang positif telah di semai dalam pemikiran kita, tindakan positif juga akan
menjelma juga dalam tindakan kita. Kesannya kita akan mampu untuk melakukan
jualan dengan hati yang terbuka, senang dan tenang.
Bagi membina pemikiran yang sentiasa positif ini supaya setiap jualan dapat
di lakukan dengan tenang, mudah dan senang perkara-perkara berikut perlu di
lakukan iaitu :
i.
Jangan
di ingati sama sekali kegagalan kita di masa lepas. Semakin kita mengingatinya
semakin banyak perkara-perkara negatif akan bermain-main di pemikiran anda.
Jadikan ia sebagai satu iktibar yang tidak perlu di ulang sama sekali
ii.
Gunakan
purata prestasi anda dalam angka dan bukannya bergantung pada perasaan anda
sebagai kayu pengukur anda mencapai kejayaan anda di masa hadapan untuk
bergerak lebih maju lagi bagi mengatasi prestasi yang telah anda lalui sebelum
ini.
iii.
Tuliskan
dan catatkan ia di dalam diari atau buku personal dan bukan di dalam pemikiran
anda sahaja (main ingat sahaja) berapa banyak yang anda inginkan boleh anda
capai atau perolehi dalam satu jangka waktu yang anda inginkan dan bandingkan
ia setiap hari antara impian dan tugasan jualan yang telah di lalui samada
ianya berjaya, atau gagal di capai.
iv.
Lakukan
sasaran yang benar-benar anda boleh capai mengikut kemampuan anda setaraf
dengan rakan sekerja anda yang telah berjaya melakukannya. Lakukan lah
muhasabah dalam diri anda setiap kali anda gagal mencapainya supaya anda dapat
mencari jalan penyelesaiannya jika anda tetap setanding atau paling tidak pun
setaraf dengan orang yang telah berjaya melakukannya.
v.
Semaikan
rasa cinta dan minat yang amat mendalam di dalam perasaan anda untuk melakukan
Jualan. Bergaul dengan orang yang telah berjaya dan melakukan perkara yang sama
supaya lebih banyak input dan semangat yang ada padanya dapat di bawa sekali ke
dalam diri kita juga
vi.
Sasarkan
aktiviti-aktiviti yang boleh di lakukan yang pasti memberi pulangan kepada anda
dengan lumayan bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan anda. Perkara yang
minat kita lakukan akan membolehkan kita lagi bersemangat untuk menempuhinya
walaupun kita tahu ianya adalah sukar dan susah.
Hanya mereka-mereka yang mempunyai pemikiran yang positif sahaja yang mampu
untuk bergerak ke hadapan dan berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi secara
konsisten setiap masa. Hanya minda kita
sahaja yang mampu merangsang pergerakan kita samada kita mahu atau tidak
melakukannya. Sentiasa positif, sentiasa berusaha bersungguh-sungguh kearah
kejayaan menunaikan matlamat yang kita idam-idamkan. Hanya mereka-mereka yang berfikiran
negatif sahaja hobinya sangat suka memberi alasan dan mencari kesalahan
sekeliling dirinya bagi menutup kegagalan yang di hadapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan