Firman Allah bermaksud 'Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.
Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang
dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang
di dalam kubur dapat mendengar' (Faathir: 22).
Skil mendengar apa yang di perkatakan oleh prospek/bakal pelanggan/pelanggan amat di perlukan oleh anda.Ingat kah lagi semasa anda bersekolah dahulu, bagaimana anda mencatat nota ke atas point-point penting yang di ajukan oleh guru-guru anda ketika itu? Saya pasti amalan seperti ini masih di amalkan lagi sehingga kini di mana apa yang di perkatakan oleh guru-guru yang mengajar di depan kita sudah pasti pengambilan nota-nota dilakukan. Masalah yang timbul, jika di bandingkan antara seorang demi seorang mesti berbeza makna dan pengetahuannya tidak sama mengikut kefahaman dan tafsiran masing-masing.

Di sini ada beberapa tips yang boleh di guna pakai
oleh anda bagi menajamkan dan di perbaikikan lagi skil kemahiran anda mendengar
apabila berhadapan dengan prospek/bakal pelanggan/pelanggan iaitu
Jangan banyak bercakap apatah lagi
melatah
Tunjukkan kesungguhan anda
Bertindak jujur bukan lakonan
Jagai pergerakan tubuh dan penglihatan anda
Lebih baik banyakkan bertanya dari beri penerangan
Keselesaan pelanggan di utamakan
Jangan terlalu banyak mengganggu atau
mencelah mereka bercakap
Mendengar untuk memahami
Hindari diri dari berdebat
Pastikan tiada gangguan dari anda sendiri seperti hand phone & fikiran
Ambil nota, lakukan ringkasan dan sahkan
semula kemahuan mereka
Selepas ini pastikanlah anda telah bersedia sepenuhnya dengan persiapan
yang rapi menghadapi kerenah dan perangai mereka. Jadilah seorang pendengar
yang baik sentiasa walaupun semasa itu mungkin fikiran anda sedang
berlegar-legar memikirkan sesuatu. Beri tumpuan dan konsentrasi sepenuh hati semoga
prospek/bakal pelanggan/pelanggan yang berada di hadapan anda sentiasa merasakan diri mereka di ambil berat
dan perhatian dari anda sendiri setiap detik terutamanya apabila mereka mula bersuara dan bercakap.
Tiada ruginya anda jika anda peruntukkan mengambil masa sedikit mendengar apa yang mereka
perkatakan. Hasilnya cukup lumayan
apabila mereka mula merasakan di ambil berat dan perhatian sepenuhnya oleh anda ketika mendengar dan terus mendengar apa
yang mereka perlukan dan mahukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan