Firman Allah bermaksud “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)
Apa dia yang di namakan masalah? Ikut
maknanya masalah adalah satu situasi yang tidak sama sekali kita inginkan di
mana keselaluan nya ia nya berlaku di luar batasan jangkaan kita. Apa jua kesilapan yang mungkin kita lakukan
dalam sesuatu tindakan pasti akan timbul masalah yang tidak di ingini.
Bagaimana untuk kita mengatasi masalah
yang kerap kali datang dan muncul dalam hidup kita sehingga boleh membawa
kerisauan, susah hati dan mengganggu tugasan kerja kita setiap hari. Mungkin ini boleh membantu kita
1.
Cari dan fahami sebabnya
2. Cari positif/hikmah nya di sebalik masalah
3. Hadapinya jangan lari
4. Yakin ada jalan penyelesaiannya
5. Iltizam
Oleh itu anggaplah masalah yang datang kepada diri kita ini merupakan satu
perkara yang mesti di lihat dari segi positifnya. Jangan terbawa-bawa, tidak
tentu hala, sentiasa bersedih dan impaknya cukup besar jika kita bermasalah
kerana
prospek/bakal pelanggan/pelanggan pasti tidak gemar untuk berurusan dengan kita
kita tidak ceria
prestasi kerja terjejas teruk
sentiasa berfikiran negatif
mudah di hinggapi penyakit, penyebab Cuti Sakit akan timbul
memberi kesan yang negatif kepada rakan sekerja dan orang sekeliling
pesaing kita akan segera mengambil kesempatan di atas kelemahan kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan