Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 6 Oktober 2011

KEPENTINGAN MASA

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Begitulah setiap kali apabila kita di ingatkan tentang masa pasti Ustaz-ustaz atau penceramah-penceramah Muslim akan membacakan ayat di atas ini

Begitulah peringatan Allah tentang betapa pentingnya masa yang perlu kita tempuhi tidak kira apa juga yang kita lakukan.  Masa akan menentukan sama ada kita berada di dalam waktu kita berehat, beramal ibadat, kerja, tidur dan sebagainya.  Terpulang kepada kita dalam menentukan masa yang diberikan kepada kita dalam melakukan sesuatu.

Masa yang ada kalau kita tidak memperuntukkan secara betul dan elok pasti ia berlalu begitu sahaja. Umpama kalau kita menghadiri majlis ilmu, terasa lama sungguh masa untuk berlalu sampai terguap-guap di buatnya itu tidak masuk lagi kalau terlelap. Serupa juga kalau kita terpaksa menunggu seseorang untuk bertemu, selagi orang yang ingin kita bertemu itu tidak menghadirkan dirinya selagi itulah kita merasa resah dan gelisah sambil melihat jam di tangan sentiasa. Tetapi kalau kita menghabiskan masa berbual-bual kosong dengan rakan-rakan kita begitu sahaja semakin cepatlah pula kita merasakan masa berlalu.

Begitu juga dalam melakukan Jualan di mana kita sememangnya amat memerlukan masa sentiasa memihak kepada kita seperti

i. temu janji bertemu prospek/bakal pelanggan/pelanggan

ii.mengejar peluang-peluang yang ada mengikut ‘time frame’ yang di benarkan

iii. mengikut seperti mana perancangan yang di rancang kan awal

iv. penghantaran laporan-laporan yang di kehendaki

v. memastikan sasaran yang diberikan dapat di penuhi mengikut masa yang di tetapkan

vi.persiapan diri sebelum melakukan jualan dsbnya

Mengikut pemikir-pemikir barat terdapat 4 aturan dalam masa yang mana rasanya perlu juga untuk kita ketahui iaitu

i.                    Masa mudah luput
Ini menunjukkan masa tidak boleh di simpan dan menunggu kita untuk kita ulangi semula. Masa tetap pergi dan berlalu begitu sahaja. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah boleh memperuntukkan masa bagi tujuan  aktiviti yang di rancang dahulu sama ada penting ataupun tidak. Yang pasti suka atau tidak masa tidak menunggu kita dan berlalu begitu sahaja. 

ii.                  Masa begitu berharga
Berharga nya masa sehingga semua kerja dan tugasan kita memerlukan masa. Tidak kiralah apa juga aktiviti yang anda lakukan walaupun hanya seketika sahaja seperti terlelap atau memandang seseorang ia juga memerlukan masa. Seperti mana aturan 20/80 yang mana 20% yang kita rancang kan untuk kita menghasilkan 80% keputusan yang di kehendaki betul-betul memerlukan masa yang di kehendaki untuk kita capai matlamat yang telah kita tetapkan. Peruntukkan masa bertemu dan berbual dengan pelanggan memerlukan masa yang sepatutnya dan bukannya yang berlebihan sehingga membuang waktu. Perancangan yang rapi dengan disiplin yang teguh pasti merasakan masa yang ada begitu sekali di perlukan.

iii.                Masa tidak dapat di ganti
Mungkin kalau kita kehilangan seorang pelanggan yang sepatutnya menerima tawaran produk kita menolaknya di saat akhir dan kita gantikan dengan pelanggan yang lain tiada masalahnya, tetapi bagaimana dengan masa yang terpaksa kita lalui yang pasti tidak boleh kita gantikan semula ?  Agaknya berapa banyak lagi masa yang perlu di ambil dan di peruntukkan semata-mata untuk melengkapkan dokumen yang serba tidak cukup-cukup hasil meminta pelanggan yang asyik mengatakan tunggu dan tunggu lagi. Tumpuan kita habis masanya begitu sahaja kerana melayan kerenah pelanggan yang sebegini. Tidak itu namanya membuang masa kita ? Cukup kah hanya dengan seorang pelanggan sahaja kita berurusan ? Bagaimana dengan peluang-peluang lain yang ada yang mungkin dapat kita menjimatkan lagi masa kita demi mencapai sasaran yang di perlukan ?


iv.                Masa adalah amat sempurna
Setiap matlamat yang kita kehendaki memerlukan gerak kerja yang bersungguh untuk mencapainya walaupun terdapat banyak rintangan, cabaran dan dugaannya. Perkara paling bijak dan cekap apabila mengambil sedikit masa untuk kita fikirkan sedalam-dalamnya tindakan yang perlu di ambil menetapkan matlamat tugasan kerja kita dan mencari jalan penyelesaiannya bagaimana untuk bertindak mengikut masa yang di peruntukkan. Gagal untuk di capai bermakna matlamat yang di lakukan adalah sia-sia dan membuang masa begitu sahaja seolah-olah sebagai seorang yang hilang hala tuju dan pedoman hidupnya.

Jadi apa yang perlu kita lakukan ini dalam menghadapi keperluan masa yang semakin hilang ini adalah bergantung sepenuhnya kepada tindak tanduk kita sebenarnya iaitu 


·         Peruntukkan masa melakukan perkara-perkara paling penting dalam jualan dari melakukan perkara-perkara yang kurang penting memberi kepentingan kepada sasaran jualan kita

·         Rancang lah keperluan masa bersama ketua dan rakan sekerja anda seperti mesyuarat ataupun morning briefing anda apa yang perlu di lakukan secara berdisiplin  dan mengikut waktu yang telah di tetapkan. 

·         Selagi kita berfikir tentang kepentingan dan penggunaan masa, bertambah baiklah tindakan anda dalam menguruskan masa yang anda dalam baik dalam diri anda ataupun dalam karier anda sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan