Setelah berjaya mendapatkan persetujuan penerimaan tawaran produk yang di
lakukan oleh kita kepada pelanggan, ini bermakna kita telah pun memenuhi
kepuasan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang di tawarkan. Bukan setakat kita sahaja yang puas tetapi
pelanggan juga akan merasa puas. Puas pelanggan bukat setakat produk atau
perkhidmatan yang di tawarkan tetapi juga bagaimana cara kita melayan dan
persembahkan produk atau perkhidmatan yang di tawarkan menjadi satu penerimaan
yang jelas kepada pelanggan. Semakin tinggi
anda mencapai kepuasan pelanggan, semakin bertambah keyakinan dan kesetiaan
pelanggan kepada anda untuk berurusan lagi di masa hadapan bagi memudahkan anda
mencapai kejayaan yang di ingini.
Begitu pun kita perlu ketahui apakah kepuasan pelanggan sama ada kita telah
penuhinya sekadar sahaja atau melebihi daripada apa yang kita sangka kan. Ini
penting kerana dari kepuasan dan keyakinan pelanggan perlu di jaga bagi
memudahkan kita di masa hadapan untuk berurusan lagi dengannya. Antara tingkat
kepuasan yang perlu kita ketahui adalah
i.
Memenuhi jangkaan pelanggan
Memenuhi kepuasan pelanggan secara minimum. Tiada
komplen yang di terima tetapi kena berwaspada memandangkan pelanggan seperti
ini tidak setia kepada kita. Mereka
hanya puas hati di sebabkan telah menerima sahaja produk atau servis yang telah
di tawarkan ataupun terdesak hanya kita sahaja yang dapat membantu pelanggan
tersebut. Cukup terdorong dengan
tawaran-tawaran yang lebih menarik dari pesaing-pesaing terdekat tanpa
memikirkan tentang kesusahan kita melakukan jualan kepadanya. Jangan terkejut
jika kita hanya dapat berurusan sekali sahaja terhadap pelanggan seperti ini.
ii.
Melebihi jangkaan pelanggan
Kebiasaannya pelanggan cukup terharu dengan apa
yang telah kita lakukan kepada pelanggan tersebut. Perkhidmatan yang cepat dan
segera, hubungan yang baik telah terjalin, menghubungi setiap masa terutama status
atau peringkat mana pelanggan berada dan kita benar-benar memastikan segala
yang berlaku dalam lingkungan pengetahuan pelanggan. Mendapatkan pelanggan di peringkat ini adalah
merupakan satu survival kepada kita dalam karier jualan, membina keyakinan dan
kesetiaan pelanggan kepada kita dan seterusnya
memberi satu kelebihan dalam menghadapi persaingan dengan pesaing.
iii.
Pelanggan cukup
menyenanginya
Pelanggan benar-benar merasa puas dan merasa kagum
akan kehadiran kita kepada mereka.
Pelanggan merasa senang dan mudah bukan sahaja memenuhi keperluan
asasnya tetapi juga kita telah berjaya menyentuh emosi pelanggan tersebut.
Semakin lama dan banyak kita dapat menggembirakan hati dan perasaan pelanggan
tersebut, semakin banyak pelanggan tersebut cukup membantu kita menyenangkan
lagi tugasan kita dalam melakukan jualan. Apa yang penting, kita sentiasa
mengambil berat akan kemahuan dan keperluan pelanggan setiap kali beliau
perlukan. Peringkat ini, pesaing kita mencuba sebaik mana sekalipun pasti produk
dan perkhidmatan kita tetap menjadi pilihan di hatinya.
iv.
Pelanggan cukup
menghargainya
Tahap yang paling hebat pelanggan begitu puas
dengan tahap kerja kita bagaimana kita melakukan jualan terhadapnya. Walau di
ganggu gugat oleh sesiapa sekalipun tanpa mempercayai kewibawaan kita
terhadapnya. Tidak perlu risau akan
kehadiran pelanggan seperti ini, kerana ‘confirm’ tidak akan lari ke mana-mana
melainkan kita sahaja di cari. Lakukan secara berkala tanpa gagal dan teratur
dalam menjaga hubungan kepercayaan pelanggan terhadap kita. Penguasaan kita
terhadap pelanggan seperti ini jangan sama sekali di persiakan kerana pelanggan
seperti inilah nanti akan terlalu banyak membantu kita dalam meningkatkan lagi
jualan. Apa yang penting hubungan perlu di jaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan