Dalam kita mengemukakan soalan-soalan
kepada prospek/pelanggan adalah bagi memudahkan kita semula mendapatkan maklumat dan info
dari mereka. Tanpa soalan-soalan yang boleh membangkitkan kehendak mereka untuk
meluahkan perkara yang sebenarnya apa yang kita ingini agak sukar penyudahnya
bagi kita menawarkan produk yang sepatutnya.
Bayangkanlah apabila kita sedang menanyakan soalan-soalan kepada
prospek/pelanggan dan untuk mendapatkan jawapan yang pasti dari mereka,
kadang-kadang mereka terdiam seketika memikirkan apa jawapan yang perlu di
jawab bagi memenuhi jawapan yang di perlukan oleh anda. Maka di sinilah di perlukan satu suasana yang
senyap seketika memberikan ruang kepada prospek/pelanggan untuk membalas balik
percakapan kita.
Sebenarnya, banyak faedah yang akan kita perolehi jika kita membiarkan
seketika dalam berkeadaan senyap berlaku dan terjadi. Di antaranya adalah untuk
i.
Membiarkan prospek/pelanggan
berfikir.
ii.
Menambah keyakinan
prospek/pelanggan.
iii.
Menggalakkan maklum balas
iv.
Menunjukkan hormat.
v.
Memberikan idea yang baru
kepada kita.
Tindakan di kira amat biadab apabila kita suka sangat mencelah atau
menyibuk ketika prospek/pelanggan sedang berbicara atau sedang leka
bercakap. Sepatutnya kita mempunyai peluang
cerah untuk mendapatkan jualan terus menjadi malap di sebabkan sikap negatif
kita di pandangan prospek/pelanggan di hadapan kita. Berhati-hati sebelum memulakan percakapan
kerana kita sentiasa di perhatikan. Sentiasa
memberi ruang kepada prospek/pelanggan memberi maklum balas kepada kita akan
lebih memudahkan dan menguntungkan kita mendapatkan apa yang kita hajati
daripada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan