Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 12 Oktober 2011

MEMASUKI PREMIS PROSPEK

Bukan senang nak memasuki di premis yang baru anda ingin masuki apa tah lagi tiada siapapun yang anda kenali atau ada orang yang mengenali anda. Cukup sukar tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Oleh itu dalam memastikan rancangan yang di rancang awal ini berjaya lakukan lah perkara ini iaitu 


  1. Apabila bertemu jangan di ceritakan dahulu produk yang ingin di tawarkan iaitu tujuan utama anda
  2. Perkenalkan diri anda dan organisasi yang di wakili terlebih dahulu.  Sebaik-baiknya cerita serba ringkas tentang organisasi anda dahulu
  3. Di pintu masuk yang di kawal pihak keselamatan selalu nyatakan anda di minta datang ke sini untuk bertemu dengan seseorang walaupun sebenarnya tiada temu janji yang di lakukan.
  4. Sentiasa berpakaian kemas dan menarik
  5. Eloklah di bawa beg supaya flyers-flyers dan borang-borang boleh di sorok terlebih dahulu

Semakin banyak tempat yang anda pergi mungkin sebanyak itulah tenaga, masa dan wang anda akan anda perhabiskan. Kalau itu yang anda perkirakan tiada apa yang harus anda banggakan tapi kalau inginkan pengalaman yang lebih berharga bermakna semakin memahirkan lagi anda untuk memberi pelbagai alasan untuk memudahkan lagi anda memasuki premis yang di kehendaki. Kesukaran pada permulaan akan mematangkan lagi anda menghadapi cabaran yang di hadapi di masa hadapan. Yang penting jangan sama sekali berputus asa dan mudah kecewa. Sekali tidak berjaya bukan bermakna anda akan gagal selama-lamanya.  Berusaha dan terus berusaha demi mencapai matlamat yang di idamkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan