Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 17 Oktober 2011

BERITAHU ATAU BERCAKAP TENTANG JUALAN


Apa bezanya antara memberitahu dengan bercakap dalam jualan?

Dari segi istilah sahaja dapat di fahami. Memberitahu umpama tugas seorang promoter seperti di supermarket-supermarket yang sedia ada yang hanya menceritakan sahaja produk yang di tawarkan kepada sesiapa yang berminat bertanya.  Tugasnya hanya berdiri tegak di sisi produk tersebut sambil tersenyum mengharapkan sesiapa jua yang lalu di sisinya atau bertanya terus kepadanya.

Jualan pula adalah komunikasi dua hala di mana arah aliran informasi dapat di jana antara prospek/pelanggan dan penjual.  Jika di katakan semuanya ke arah menceritakan sahaja berkenaan dengan fakta atau angka sahaja, itu bermakna kurang kekesanannya berlaku.

Adakah anda mengetahui dan sedari apa yang telah anda perkatakan mengikut segala kehendak dan kemahuan prospek/pelanggan. Adakah kita benar-benar memahaminya atau suka-suka hati sahaja bercerita asalkan bertemu dengan orang? Selalu sangat kita melakukan anggapan yang tindakan kita ini betul dan benar yang sebenar-benarnya ia hanya tidak lebih daripada seperti flyers yang bercakap. Tidakkah itu di namakan membuang masa sahaja?

Sentiasa beringat apabila anda menerima jemputan bagi tujuan penerangan ke atas produk atau perkhidmatan yang ingin di tawarkan kepada prospek/pelanggan, di atas kapasiti anda, jika anda belum bersedia sepenuhnya maka pastikan sebaik-baiknya membawa seseorang yang lebih mahir bagi membantu anda ataupun secara beradab dan berhemah menolaknya terlebih dahulu di atas jemputan tersebut bagi anda melakukan persiapan rapi dan melakukan kajian terlebih dahulu apa sebenarnya yang di kehendaki oleh prospek/pelanggan di waktu dan masa yang lain pula.

Ada dua tindakan yang perlu anda lakukan sebelum tawaran produk dan perkhidmatan dapat di tawarkan supaya memenuhi apa yang di perlukan oleh prospek/pelanggan anda iaitu


i.                    Memahami lebih baik dan mendalam tentang seni jualan.
Sentiasa memahami apabila kita bertemu dengan prospek/pelanggan sebenarnya kita tidak menjual tetapi tugasan utama kita adalah untuk membantu bersungguh-sungguh memenuhi segala keperluan dan kemahuan mereka sebaik mungkin. Maklumkan dengan lebih baik dan teratur tentang nilai-nilai produk yang di tawarkan yang boleh di guna pakai oleh prospek/pelanggan.. Tindakan awal adalah anda perlu mendengar dengan baik dan bertanyakan soalan walaupun pihak prospek/pelanggan berkehendakkan mendengar dari anda tentang semua produk yang di tawarkan. Fahami kehendak pelanggan dahulu supaya mudah bagi kita mengetahui dengan lebih baik apa produk sebenarnya yang di kehendaki.


ii.                  Jangan sama sekali anggap adalah pakar segala-galanya
Jangan selalu ingat apa yang anda persembahkan kepada prospek/pelanggan mereka sanggup meluangkan masa mereka untuk mendengar dan menerima pendapat dan hujah anda dalam melakukan penawaran produk ke atas mereka. Jangan terlalu ‘over confident’ sangat merasakan diri kita ini serba tahu segala-galanya dan penerangan paling di gemari oleh prospek/pelanggan. Itu sudah di kira takbur lah pula sehingga merasakan semua orang akan menerima kita apabila kita melakukan jualan. Sebaik-baiknya lakukan kaedah komunikasi dua hala supaya bukan setakat anda mengetahui dan memahami kehendak mereka tetapi prospek/pelanggan juga faham dan tahu apa sebenarnya nilai dan faedah yang akan mereka terima daripada produk yang akan mereka terima dari anda.


Anda mesti bersedia dahulu dengan penuh keyakinan supaya anda boleh melakukan komunikasi dua hala yang terbaik dalam melakukan jualan. Nawaitu utama anda adalah untuk membantu seramai orang yang boleh bagi memenuhi keperluan dan kemahuan orang ramai.  Apabila mereka merasakan produk dan perkhidmatan yang di tawarkan itu boleh membantu dan memenuhi impian mereka secara automatiknya jualan kita akan meningkat dengan baik.  Bersedia dari sekarang supaya tugasan kia bukan setakat memberitahu sahaja kepada prospek/pelanggan di luar sana tetapi sebenarnya tugasan kita adalah sebenarnya menjual terhadap produk dan perkhidmatan yang telah pun di amanahkan kepada kita untuk melakukannya. Pastikan selepas ini kita tidak hanya bercerita, bersembang dan memaklumkan sahaja tetapi benar-benar melakukan jualan sepertimana yang di kehendaki.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan