Seni perbualan dengan orang ramai tidaklah
se sukar seperti yang di jangkakan asalkan latihan yang kerap dan sentiasa dapat
di lakukan selalu. Keyakinan diri yang terbina dalam berhubung dengan orang
ramai terutamanya apabila berbual dengan prospek atau pelanggan amat di
perlukan bagi menarik minat si pendengar nanti. Memiliki ilmu yang tinggi,
ketenangan dan kesabaran yang baik akan membina peribadi seseorang dalam
berinteraksi dan di hormati oleh orang lain
Menjadikan jualan sebagai satu karier yang
di amanahkan memerlukan seni perbualan yang sempurna untuk memberikan satu
impak yang baik, berkesan dan professional di hadapan mata
prospek/pelanggan. Perbualan yang mesra
dan menarik perhatian orang yang lebih memudahkan tugasan kita bagi melakukan
penawaran produk kita dengan mudah dan berkesan.
Antara tip-tip yang perlu di amalkan
adalah
i.
Melakukan tanggapan
permulaan yang baik. Sentiasa
senyum,
ii.
Dengar dengan teliti
iii.
Cari apa
minat prospek/pelanggan terlebih dahulu sebelum kita berbicara dengan lebih
mendalam lagi.
iv.
Tanyakan soalan.
v.
Lupakan seketika kepentingan
kita.
vi.
Lakukan latihan sentiasa
mendengar.
vii.
Tanyakan soalan yang
mengesahkan.
viii.
Dapatkan pengesahan
dengan mengadunkan ayat yang kita fahami pula.
ix.
Timbangkan terlebih dahulusebelum tidak bersetuju.
·
Jika perbezaan tentang kemanusiaan dan tentang
perbualannya maka lakukan lah secara yang menarik perhatiannya supaya
perbalahan dapat di elakkan
·
Bersetuju sahaja ambil jalan yang mudah supaya semuanya
boleh di hentikan topik yang di bincangkan, begitu juga kalau bantahan terjadi
maka ia juga boleh menamatkan perbualan tapi akan meninggalkan kesan hati yang
sakit akan berlaku pula.
·
Sememangnya akan ada pelanggan yang ingin
menunjukkan kepandaiannya sahaja tanpa mengetahui ilmu yang ada padanya tidaklah
sebaik kita yang bercerita, sebaik-baiknya biarkanlah bangkangan dari
beliau dahulu. Beralah dahulu bukannya
bermakna kita telah mengaku kalah seterusnya. Puaskan hati prospek/pelanggan
dahulu kerana kita kena perlu ingat bahawa kita yang mencari mereka bukan
mereka yang mencari kita.
·
Elakkan dari menggunakan perkataan “TETAPI” terlalu
kerap kerana ia nya boleh mengakibatkan pelanggan akan membantah mempertahankan
apa yang telah dia perkatakan.
Sebaik-baiknya selalu gunakan perkataan “DAN” bagi meredakan perbualan
kita menjadi sesuatu yang hangat dan panas
x.
Bersabar dan tenang.
xi.
Jangan panik.
xii.
Mengetahui bila perbualan
akan di tamatkan.
Itulah antara tip-tip yang di rasakan
perlu untuk semua orang mengamalkan seni perbualan yang baik semasa berhadapan
dengan prospek/pelanggan nanti. Beradab dan penuh beretika akan menyebabkan
kita mudah di hormati dan di damping oleh orang ramai. Sentiasa merendah diri
dan berbudi bahasa menjadi amalan kita dalam melakukan jualan tidak kira siapa
pun juga di hadapan kita. Apabila kita mudah bersembang dengan seseorang dan
mudah mendapat kawan menjalinkan perhubungan yang baik, kepercayaan
prospek/pelanggan telah timbul maka mudah bagi kita melakukan penawaran produk
terhadap mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan