Amat mengecewakan kerana apa juga kita lakukan kita masih gagal untuk
melakukannya. Di harap selepas ini
tindakan-tindakan berikut dapat di lakukan agar cross sale ini menjadi satu
kenyataan dan habit kita dalam melakukan jualan iaitu
i.
Sentiasa membuka mulut atau bercerita tentang
adanya produk-produk lain yang bersesuaian dengan pelanggan tersebut untuk di
gunakan
ii.
Nyatakan kelebihan-kelebihan terlebih dahulu
produk-produk yang ingin di tawarkan bukan ciri-cirinya
iii.
Kenal pasti kehendak dan keperluan pelanggan
terlebih dahulu. Memahami apa yang di mahukan dan apa di perlukan akan
memudahkan lagi tugasan kita
iv.
Gunakan register/catatan peribadi atas pelanggan
yang telah mengambil produk yang sedia ada agar senang dan mudah tawarkan pula
produk yang lain ataupun yang sama
v.
Lakukan jualan ke atas produk yang di kira senang
untuk ditawarkan atau di terima oleh pelanggan
vi.
Lakukan sesuatu yang kreatif yang mempunyai
perbezaan dengan apa yang di lakukan oleh pesaing
vii.
Per mudahkan jangan sama sekali di sukarkan
Banyak faedahnya jika kita dapat melakukan jualan secara CROSS SALE
ini. Semakin banyak kita melakukan
jualan Cross Sale ini bermakna semakin tinggi keupayaan kita dalam menghasilkan
pendapatan dan pulangan kepada kita. Amat mustahil jika kita hanya berjaya
melakukan satu atau dua produk sahaja telah di anggap sebagai seorang hero
dalam melakukan jualan. Buktikan kepada
orang lain yang anda juga boleh melakukan jualan tidak kira dalam bentuk apa
juga produk yang di tawarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan